Pushpa: The Rise telah mengangkat bintang sensasi Telugu Allu Arjun dan pengarahnya Sukumar ke peringkat global. Walaupun filem itu tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk promosi, Pushpa melakukannya dengan begitu baik di tayangan seluruh negara. Filem ini mencatatkan sambutan yang tidak pernah berlaku sebelum ini daripada penonton India utara untuk filem Allu Arjun.
Pembuat filem hari ini menyasarkan untuk tayangan filem di seluruh dunia, membawa filem Telugu ke setiap bahagian dunia. Membuktikan bahasa kandungan dan isi cerita adalah penting, filem yang dibuat di India selatan menerima ulasan yang memberangsangkan dan mampu menghasilkan wang selain mendapat kemasyhuran untuk pelakon dan pengarah tersebut.
Pushpa salah satu filem yang dipasarkan secara meluas di India utara untuk Allu Arjun dan Sukumar. Filem ini akan mempunyai sekuel kedua yang bertajuk Pushpa: The Rule, iaitu kesinambungan dari sekuel pertama Pushpa: The Rise. Part 2 akan lebih tertumpu kepada watak yang dilakonkan oleh Fahadh Faasil sebagai Banwar Singh Shekhawat.
Pengarah Sukumar buat masa sekarang sedang sibuk memberikan sentuhan akhir kepada skrip Pushpa: The Rule. Filem ini dijangka ditayangkan pada September 2022. Pengarah membawa Fahadh Faasil dari Malayalam ke Industri Filem Telugu, itu adalah penampilan sulungnya, manakala ada laporan yang boleh dipercayai yang Vijay Sethupathi akan turut terbabit dalam filem ini dan akan diberi watak penting.
Jika berita itu benar, peminat Allu Arjun, Vijay Sethupathi, dan Fahadh Faasil pasti akan berasa gembira. Vijay Sethupathi sedang mempertimbangkan peranan sebagai seorang pegawai kanan polis dalam Pushpa: The Rule. Bagaimanapun, pengesahan rasmi mengenai perkara ini masih belum disahkan.
Pushpa 2 akan dibarisi pelakon seperti Rashmika Mandanna digandingkan dengan Allu Arjun dan chemistry mereka mendapat banyak penghargaan. Jagadeesh, Ajay, Ajay Ghosh, Rao Ramesh, Sunil, dan Anasuya antara akan membawa peranan penting dalam Pushpa: The Rule.