Home News Varun Dhawan Dikatakan Akan Remake Filem Vijay ‘Theri’ Untuk Filem Ke-18nya.

Varun Dhawan Dikatakan Akan Remake Filem Vijay ‘Theri’ Untuk Filem Ke-18nya.

Advertisement

Filem ke-18 Varun Dhawan yang akan datang, akhirnya diumumkankan secara rasmi semasa majlis Makar Sankranti yang mana telah mendedahkan barisan pelakon, pengarah dan juga penerbit dalam satu video yang ringkas.

Keerthy yang merupakan pelakon wanita utama filem itu telah berkongsi di sosial media tentang keterujaannya mengenai projek ini, ia juga menyebutnya projek yang sangat dekat di hatinya, Dia meminta peminat dan orang ramai untuk memberi sokongan untuk projek itu.

Advertisement

Dalam video itu telah memaparkan beberapa personaliti bintang termasuk pelakon Varun Dhawan, Keerthy Suresh serta Wamiqa Gabbi. Pengarah Jawan Atlee turut hadir dalam majlis pooja itu bersama isterinya Priya. Menariknya isterinya Priya akan menerbitkan filem itu bersama Murad Khetani dan Jyoti Deshpande dari Jio Studios.

Tajuk filem itu dijangka diumumkan tidak lama lagi dan penggambaran sudah pun dijalankan. Ini merupakan gandingan pertama Varun Dhawan dan Keerthy Suresh, ia juga merupakan penampilan pertama Keerthy dalam industri Bollywood.

Adakah ini Pembuatan Semula Theri?
Kehadiran Atlee telah menimbulkan khabar angin kuat bahawa projek ini mungkin merupakan pembuatan semula filem hit pengarah bintang itu bersama Vijay, Theri. Fakta bahawa VD18 juga akan menampilkan dua pelakon, yang juga sama seperti Theri, telah menguatkan lagi laporan ini.

Filem ini akan diarahkan oleh Kalees, yang mana sebelum ini pernah mengarah satu filem dalam kerjayanya iaitu Kee, ia adalah filem Tamil yang dibintangi oleh Jiiva dalam watak utama dan tidak mendapat sambutan yang baik selepas ditayangkan pada 2019. Kali ini pengarah itu berharap untuk memanfaatkan peluang dengan sebaik mungkin.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here