Filem terbaru Ajith ‘Valimai’ dijadualkan akan dilepaskan pada 24 Februari. Ajith merupakan salah seorang pelakon yang dikenali di seluruh dunia, dimana tempahan awal ‘Valimai’ belum lagi dibuka di india, tapi telah dibuka tempahan awal di Jepun dan telah mendapat sambutan disana, itu menunjukkan filem ini bakal menjadi filem yang dinantikan oleh semua peminat Ajith.
‘Valimai’ akan dilepaskan dalam bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Hindi. ‘Valimai’ kerjasama yang kedua antara Ajith, Vinoth dan Kapoor selepas filem Nerkonda Paarvai pada tahun (2019). ‘Valimai’ mengisahkan Arjun (Ajith) seorang pengawai polis memburu geng-geng motor haram yang banyak melakukan kecurian, rompakan dan juga pembunuhan. Bagaimana dia berjaya dalam misinya akan membuka jalan cerita yang lain.
‘Valimai’ diarahkan oleh H Vinoth dan dibintangi Ajith Kumar, Huma Qureshi, Kartikeya sebagai watak utama dan turun dibantu oleh Yogi Babu, Pugazh dan Raj Ayappa. Bajet untuk filem ‘Valimai’ sebanyak 160 crore.
Filem ini juga beberapa kali ditangguhkan tayangan disebabkan Pandemik Covid-19. Sebahagian besar filem ini dirakam di sekitar Chennai dan Hyderabad, untuk babak aksi dan perlumbaan beberapa scene ‘Stunt’ telah dilakukan sendiri oleh Ajith membuatkan filem ini sangat menarik untuk ditonton dan dijangka akan mendapat kutipan Box Office.