Home News “Trofi Anugerah Hanya Hiasan Rumah” – Respon Tenang Manoj Bajpayee Bila Tak...

“Trofi Anugerah Hanya Hiasan Rumah” – Respon Tenang Manoj Bajpayee Bila Tak Menang Lawan Shah Rukh Khan

Advertisement

Baru baru ini industri filem India agak kecoh bila Shah Rukh Khan menang Anugerah Filem Kebangsaan untuk filem Jawan. Ramai yang bersuara, terutamanya peminat dan pengkritik filem yang rasa pelakon veteran Manoj Bajpayee lebih layak untuk anugerah tersebut melalui lakonannya dalam filem Sirf Ek Bandaa Kaafi Hai.

Selepas lama berdiam diri, akhirnya Manoj Bajpayee tampil memberikan respon tentang perdebatan ini. Dengan tenang, beliau menganggap perbualan tentang siapa lebih layak menang adalah satu perkara yang sia sia dan tak perlu dibahaskan lagi. Baginya, filem Sirf Ek Bandaa Kaafi Hai dan Joram memang sangat istimewa dalam kariernya, tapi dia tak mahu terlibat dalam perbualan yang disifatkannya sebagai ‘perbualan orang yang kalah’.

Advertisement

Beliau yang pernah memenangi empat Anugerah Kebangsaan sebelum ini turut meluahkan kebimbangannya tentang kredibiliti anugerah filem sekarang. Menurutnya, bukan hanya Anugerah Kebangsaan, tetapi semua anugerah yang dulu dipandang tinggi kini seolah olah lebih mementingkan nilai komersial berbanding kualiti seni sesebuah filem.

Manoj menambah lagi bahawa anugerah baginya hanyalah sekadar hiasan di rumah. Bukanlah sesuatu yang dia akan tatap setiap hari dan banggakan. Apa yang lebih penting baginya adalah memilih filem yang bagus dan menjaga reputasinya melalui hasil kerja yang berkualiti, bukan dengan mengumpul trofi.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here