Filem seram Thai kali ini membawakan satu premis yang cukup menarik. Bayangkan anda baru dapat kekasih idaman (Cheev) dan tak sabar nak luangkan masa bersama di rumah percutiannya. Tapi bila sampai, anda dapati mayat arwah isterinya ada sekali. Itulah yang jadi pada Ros.
Rupa rupanya Cheev kena duduk dengan mayat arwah isterinya selama seratus hari untuk dapatkan harta pusaka. Paling parah bila dia bawa sekali teman wanita barunya untuk tinggal bersama mayat tu. Memang premis yang buat kita tertanya tanya dari awal.
Secara jujurnya, watak Cheev dan Ros dalam filem ini memang sengaja dibina untuk membuatkan penonton rasa geram. Kita tak rasa simpati langsung dengan mereka, malah kita rasa macam nak sokong hantu tu balas dendam. Keangkuhan mereka berdua membuatkan setiap kali mereka diganggu, kita rasa puas hati.
Apa yang menarik dalam Tomb Watcher ialah cara hantu itu membalas dendam. Hantu arwah isteri (Lunthom) nampaknya lebih fokus untuk menyeksa mental si kekasih baru (Ros) berbanding suaminya sendiri. Mungkin logiknya ialah, biarkan si suami hidup dalam ketakutan melihat teman wanitanya perlahan lahan jadi gila. Filem ini berjaya meningkatkan rasa seram dan tekanan secara berperingkat, membuatkan Ros sentiasa dalam ketakutan dan mempersoalkan kewarasan akalnya sendiri.
Kekuatan terbesar filem ini terletak pada mesejnya. Kebanyakan filem tentang kecurangan selalunya berakhir dengan klise di mana pasangan curang itu mati dibunuh. Tetapi Tomb Watcher mengambil pendekatan berbeza. Lunthom sebenarnya memberi peluang kepada Ros untuk berundur dan tinggalkan Cheev. Namun, kedegilan Ros membawa kepada pengakhiran yang lebih gelap.
Bagi Cheev pula, dia memang tak ada pilihan sebab dia sudah terikat selamanya dengan isterinya. Kadang kala, balasan dendam paling menakutkan bukanlah kematian, tetapi hidup dalam kesakitan dan penyeksaan yang berterusan.
Pengakhiran filem ini sangat menarik dan membezakannya daripada filem seram lain yang serupa. Walaupun mungkin ada beberapa babak seram yang biasa kita lihat, jalan cerita utamanya sangat kuat. Kesan daripada pengakhiran cerita ini pasti akan membuatkan penonton terkejut dan berfikir panjang.
Secara keseluruhan, Tomb Watcher mungkin nampak macam filem seram biasa pada luarannya, tetapi ia membincangkan isu curang, cinta, dan akibat perbuatan khianat dengan cara yang menakutkan. Dengan lakonan yang mantap dan suasana seram yang dibina dengan baik, filem ini sangat berbaloi ditonton walaupun ada beberapa elemen klise.
Penjelasan Pengakhiran Cerita
Pada penghujung cerita, Lunthom memberi Ros pilihan untuk meninggalkan Cheev. Tetapi Ros berdegil dan merayu agar Lunthom melepaskan “lelakinya”. Roh itu sedar Ros tidak akan berundur dan gembira merampas suami orang.
Dalam babak terakhir, kita nampak Lunthom memeluk Cheev yang kelihatan sangat tertekan (mungkin sudah tidak dirasuk lagi). Manakala Ros pula terbaring di bawah keranda, dititis oleh cecair dari mayat di atasnya. Ini mungkin simbolik bahawa Ros tidak akan pernah menjadi yang utama dan selamanya hanya akan mendapat “sisa” daripada pasangan itu.
TONTON STREAM KLIK SINI- https://t.me/tamilsbollybot
LEPAS MASUK KE TELEGRAM MASUKKAN KOD INI /TombWatcher2025thai
TANDA PALANG YANG NI / JANGAN LUPA COPY SEKALI
TRAILER
 
             
	