Raja aksi Kannada Dhruva Sarja, bersedia untuk filemnya yang akan datang bertajuk ‘Martin’ yang merupakan filem aksi thriller terbesar dalam kerjayanya. Teaser filem itu dikeluarkan dengan sambutan hangat di Bangalore. Pada acara itu Dhruva ditanya tentang persaingan dalam industri Kannada, dan pandangannya tentang tiga bintang besar Kannada iaitu Sudeep, yash dan Rishabh Shetty. Jawapanya disambut dengan tepukan, Dhruva berkata, “ Mereka adalah kawan saya dan saya tidak mahu bersaing dengan rakan-rakan saya, semuanya mereka adalah rakan sekerja saya dan saya tidak mahu bersaing dengan mereka, saya lakukan ini untuk diri saya sendiri”
Kemudian disuruh memilih genre kesukaannya, antara aksi dan percintaan, yang mana Dhruva berkata, “Saya tidak banyak melakukan percintaan, saya mahu peminat saya menonton filem saya bersama anak-anak mereka supaya mereka tidak terlihat banyak percintaan dalam filem saya, sejujurnya sangat sukar melakukan aksi, tetapi saya suka melakukkannya”.
Selain itu banyak filem selatan telah diremake ke dalam bahasa Hindi, Dhruva ditanya antara pelakon Bollywood yang mana menjadi kesukaannya. Bintang Kannada itu menjawab “Saya telah bekerja dengan Sanju Baba dalam KD (filem Dhruva yang akan datang) dia adalah kegemaran saya, itu sahaja”.
Penggambaran filem Martin, yang diarahkan oleh AP Arjun dilaporkan telah selesai pada Disember 2022. Martin diterbitkan oleh Uday K Mehta, akan dikeluarkan untuk Pan-India dalam lima bahasa termasuk Kannada, Hindi, Tamil, Telegu dan Malayalam. Martin akan dibintangi oleh Dhruva, Vaibhavi Shandilya, Anveshi Jain dan banyak lagi.