Home News Tempatan Tak Tahan Asyik Kena Marah, Seorang Lelaki Menikam Berkali-Kali Ibunya Hingga Maut.

Tak Tahan Asyik Kena Marah, Seorang Lelaki Menikam Berkali-Kali Ibunya Hingga Maut.

Advertisement

Seorang pemuda dari Myanmar bertindak kejam dengan membunuh ibunya sendiri di rumah sewa mereka di Seksyen 25, Shah Alam, Selangor. Kejadian tragis itu berlaku pada petang Selasa sekitar jam 4.30 petang, apabila suspek berusia 20 tahun itu menikam ibunya yang berusia 40 tahun berkali-kali menggunakan pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut dan menyatakan bahawa pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada jam 5.49 petang. Mangsa ditemui oleh anak bongsunya yang baru pulang dari sekolah, mendapati ibunya dalam keadaan berlumuran darah di rumah mereka. Kanak-kanak tersebut kemudian segera memberitahu jiran yang kemudiannya menghubungi pihak polis.

Advertisement

Siasatan awal mendapati ketika kejadian berlaku, mangsa sedang bersendirian dan dipercayai sedang memasak. Pertengkaran antara ibu dan anak itu tercetus, yang membawa kepada tindakan suspek menikam ibunya beberapa kali dengan pisau.

Suspek, yang merupakan anak sulung kepada mangsa, berjaya ditangkap oleh pihak polis sekitar jam 7.30 petang pada hari yang sama. Polis turut merampas senjata yang digunakan dalam insiden tersebut. Menurut Mohd Iqbal, suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan ibunya kerana sering dimarahi akibat masalah kewangan. Walau bagaimanapun, suspek yang bekerja sebagai pekerja swasta itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Dalam usaha menyelesaikan siasatan, polis telah mengambil keterangan daripada lapan individu. Hasil bedah siasat mendedahkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat mati lemas kerana ditekup, selain terdapat kesan tikaman pada perutnya. Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 27 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Muhammad Abdul Hafiz Sariee di talian 014-8905051.

Sumber: Pelbagai

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here