Home Info Tak Cukup Tidur Dibuatnya! Sinopsis Penuh 6 Siri Thriller Wajib Tonton (Netflix,...

Tak Cukup Tidur Dibuatnya! Sinopsis Penuh 6 Siri Thriller Wajib Tonton (Netflix, ZEE5, Sony LIV)

Haritu kita dah sembang pasal senarai tajuk siri web jenayah Hindi yang gempak untuk tahun 2025 kan? Haa, macam yang dijanjikan, kali ni kita nak bedah siasat sikit setiap cerita tu.

Apa sebenarnya kisah dia, dan paling penting, dekat platform mana korang boleh tengok. Kalau korang jenis yang suka cerita pusing pusing, siasat siasat sampai pening kepala, jom kita layan sinopsis penuh untuk enam siri ni.

1. Crime Beat

Kisah ni fokus pada seorang wartawan jenayah baru yang bernama Raghu. Dia ni jenis bercita cita besar, nak jadi wartawan yang popular. Satu hari, masa dia tengah sibuk buat liputan satu kes besar, dia ternampak sesuatu yang terus ubah hidup dia.

Dia mula sedar yang kes tu bukan kes bunuh biasa. Ia sebenarnya melibatkan satu sistem yang sangat korup. Polis, orang politik, geng mafia, dan geng media sendiri, semuanya ada main peranan di sebalik tabir. Raghu pula jenis yang tak reti duduk diam, dia nekad nak bongkar juga kebenaran. Tapi makin dalam dia gali, makin dekat dia dengan bahaya maut.

Platform OTT: Korang boleh tengok siri ni dekat ZEE5.

2. Kankhajura

Seterusnya kita ada Kankhajura. Cerita ni pasal dinamik dua beradik, Max dan Ashu. Max ni seorang pegawai polis yang sangat lurus, semua benda nak ikut peraturan. Ashu pula baru je dibebaskan dari penjara selepas 14 tahun, dan hati dia penuh dengan api dendam.

Bila dua dua ni terpaksa duduk serumah, memang asyik bergasak la kerjanya. Tak lama lepas tu, diorang berdua terjerat dalam dunia jenayah yang sangat bahaya, di mana setiap langkah boleh bawa padah. Memang pening kepala tengok hubungan adik beradik yang macam ni.

Platform OTT: Siri ni ada untuk ditonton di Sony LIV.

3. Chhal Kapat The Deception

Tajuk ketiga ni pun macam menarik. Chhal Kapat The Deception. Bayangkan, ada satu majlis kahwin gilang gemilang yang dibuat dekat sebuah destinasi percutian mewah. Pengantin perempuan, Alisha, tengah syok gila jumpa balik tiga orang kawan baik dia yang dah lama tak jumpa.

Semua nampak sempurna dan meriah. Tapi, esok paginya, semua orang kecoh bila salah seorang kawan dia, Salu, dijumpai mati dalam kolam renang. Seorang pegawai polis wanita, SP Devika, ditugaskan untuk siasat kes ni. Pening kepala dia sebab bila disoal siasat, semua tetamu yang ada kat situ nampak macam ada motif tersembunyi untuk bunuh Salu.

Platform OTT: Saksikan misteri pembunuhan ini di ZEE5.

4. Ayyana Mane

Kalau korang suka cerita yang ada elemen misteri dan seram sikit, Ayyana Mane mungkin kena dengan jiwa korang. Ia mengisahkan tentang satu keluarga yang berpindah balik ke rumah pusaka lama diorang selepas bertahun tahun tinggalkannya.

Arjun, anak lelaki dalam keluarga tu, yang jadi ketua uruskan semua benda. Tapi sejak diorang pindah masuk, macam macam benda pelik mula jadi. Pintu tiba tiba terbuka sendiri, dan diorang terjumpa macam macam rahsia lama yang tersimpan dalam kertas kertas lama. Arjun mula teringat yang masa dia kecil pun pernah jadi benda pelik kat rumah tu. Nampaknya, dia kena berdepan dengan kisah silam keluarga dia untuk faham apa yang sebenarnya tengah berlaku.

Platform OTT: Cerita ni juga ada di ZEE5.

5. Rana Naidu

Ini dia siri yang memang dah popular. Rana Naidu. Watak utama dia, si Rana ni, kerja dia ‘bersihkan’ masalah orang. Tapi bukan masalah orang biasa biasa. Dia ni ‘fixer’ untuk orang kaya dan terkenal. Tak kiralah artis, ahli sukan, atau ahli politik kantoi buat hal, satu panggilan je Rana boleh setelkan bagi nampak bersih.

Hidup dia nampak teratur dan terkawal. Tapi segalanya jadi huru hara bila bapak dia, Naga Naidu, tiba tiba bebas dari penjara selepas 15 tahun. Musuh musuh lama mula muncul balik, rahsia yang dah lama terkubur pun terbongkar. Rana yang selama ni selesaikan masalah orang, kini terperangkap dalam masalah dia sendiri.

Platform OTT: Korang boleh layan siri penuh aksi dan drama keluarga ni dekat Netflix.

6. Black White and Gray

Akhir sekali dalam senarai ni ialah Black White and Gray. Cerita ni bermula macam kisah cinta. Ia pasal hubungan antara anak perempuan seorang ahli politik yang kaya raya dengan anak lelaki pemandu keluarga tu.

Diorang berdua ni jumpa satu malam. Tapi malangnya, malam tu jugalah si perempuan ditemui mati dibunuh. Dah tentulah si lelaki tu yang jadi suspek utama. Tapi cerita tak habis kat situ je. Lepas satu, satu lagi pembunuhan berlaku, sampai lima orang mati. Polis pun pening, media pula asyik buat cerita sensasi. Tiba tiba, muncul seorang wartawan dari luar negara yang berminat nak siasat kes ni. Apa yang dia jumpa nanti memang akan mengejutkan semua orang.

Platform OTT: Siri ni boleh didapati di Sony LIV.


Haa, macam mana? Nampak gayanya semua cerita ni memang padu dan boleh buat kita tertekan fikir siapa dalang di sebalik semua jenayah ni. Cukuplah stok untuk korang marathon sebulan. Selamat menonton!

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here