Tahun 2024 akan menjadi tahun yang sukar buat Bollywood, sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh dikatakan filem Bollywood agak suram dan kurang mendapat sambutan daripada penonton, tetapi untuk tahun 2023 menyaksikan kebangkitan semula industri Bollywood apabila berjaya menghasilkan filem Blockbuster.
Shah Rukh Khan menjadi orang yang sangat penting bagi memastikan kebangkitan Bollywood. Jawan telah menjadi filem dengan kutipan tertinggi untuk tahun 2023. Selain itu, Ranbir Kapoor blockbuster bersama Animal, Sunny Deol membuat kejutan dengan Gadar 2 dan Salman Khan bersama Tiger 3 mendapat kutipan yang baik.
Sementara itu Ranveer singh juga mengecap kejayaan bersama Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani pada tahun 2023. Semua bintang ini telah meletakkan nombor box office yang sangat baik pada tahun 2023, tetapi pada tahun 2024 tiada tayangan daripada bintang-bintang seperti Shahrukh Khan, Salman Khan, Aamir Khan, Ranveer Singh, Ranbir Kapoor, Sunny Deol. Itulah sebabnya 2024 akan menjadi tahun yang sukar untuk Bollywood tanpa bintang besar ini.
Antara bintang yang ada, Hrithik Roshan, Ajay Devagn, Akshay Kumar adalah satu-satunya bintang yang telah membariskan tayangan untuk tahun 2024.
Fighter diarahkan oleh Sidharth Anand, filem ini dibintangi oleh Hrithik Roshan, Deepika Padukone dan Anil Kapoor dalam watak utama. Filem ini turut menampilkan Karan Singh Grover, Akshay Oberoi dan Sanjeeda Shaikh. Dipersembahkan oleh Viacom18 Studios bersama Marflix Pictures, Fighter menjanjikan aksi udara yang terbaik.
Singham Again pula diarahkan oleh Rohit Shetty, filem ini dibintangi oleh Ajay Devgn, Kareena Kapoor, Deepika Padukone, Akshay Kumar, Tiger Shroff, dan Ranveer Singh dalam watak utama. Ia adalah ansuran ketiga francais super-hit dan bersedia untuk ditayangkan di pawagam sempena Hari Kemerdekaan 2024. Singham telah dikeluarkan pada 2011, dibintangi oleh Kajal Aggarwal dan Prakash Raj dalam watak utama, diikuti oleh Singham Returns pada 2014. Kedua-duanya projek telah diisytiharkan hits box office.