Home Info Suspens & Penuh Misteri: 10 Filem Jenayah Terbaik Dari Industri Filem Telugu,...

Suspens & Penuh Misteri: 10 Filem Jenayah Terbaik Dari Industri Filem Telugu, Yang Ada Plot Twist.

Advertisement

Lupakan sekejap filem cinta dan aksi yang mungkin dah biasa anda tonton. Kali ini, kita masuk ke dunia yang lebih gelap, penuh dengan misteri, pembunuhan, dan plot twist yang akan buatkan anda tak senang duduk.

Industri filem Telugu sebenarnya adalah ‘lubuk’ untuk filem-filem thriller penyiasatan yang berkualiti tinggi, yang mampu menguji minda dan membuatkan kita berteka-teki sehingga ke babak terakhir. Setiap watak diragui, setiap bukti boleh jadi palsu, dan jawapannya selalunya tidak seperti yang kita sangkakan.

Advertisement

1. HIT: The First Case (2020)

Vikram, seorang polis hebat dari unit elit Pasukan Siasatan Pembunuhan (HIT), bergelut dengan bayangan silam yang sering mencetuskan serangan panik. Ketika kes kehilangan seorang gadis bernama Preethi menjadi tumpuan, dia terpaksa berlawan dengan masalah peribadinya untuk menyelesaikan misteri ini sebelum dirinya tewas sepenuhnya.

Platform OTT: Amazon Prime Video


2. HIT: The Second Case (2022)

Kali ini kita mengikuti KD, seorang pegawai polis yang tenang dan bersahaja. Namun, ketenangannya diuji apabila dia berdepan dengan satu kes pembunuhan ngeri yang melibatkan seorang wanita. Siasatannya membawanya ke dalam permainan licik seorang pembunuh bersiri yang sangat bijak dan sentiasa selangkah di hadapan polis.

Platform OTT: Amazon Prime Video


3. 118 (2019)

Seorang wartawan penyiasat bernama Goutham sentiasa diganggu oleh mimpi ngeri yang sama, di mana dia melihat seorang gadis diserang dengan kejam. Yakin mimpinya bukan sekadar mainan tidur, dia menggunakan setiap petunjuk dari mimpi itu untuk membuka semula fail kes orang hilang yang sudah lama terkubur.

Platform OTT: Amazon Prime Video / Sun NXT


4. Satyabhama (2024)

Satyabhama ialah seorang polis wanita yang penuh dedikasi, namun dibebani dengan kisah silamnya yang perit. Dia ditugaskan untuk menyiasat satu kes orang hilang yang pada mulanya kelihatan biasa sahaja, tetapi siasatannya kemudian mendedahkan satu konspirasi besar yang meletakkan nyawa ramai wanita dalam bahaya.

Platform OTT: Amazon Prime Video


5. Gatham (2020)

Rishi sedar dari koma tanpa sebarang ingatan tentang siapa dirinya, kecuali wajah teman wanitanya, Adithi. Ketika dalam perjalanan, kereta mereka rosak di kawasan terpencil bersalji, memaksa mereka menumpang di sebuah rumah misteri. Gelagat aneh penghuni rumah itu mendorong Rishi untuk merungkai kebenaran tentang masa lalunya yang gelap.

Platform OTT: Amazon Prime Video


6. V (2020)

DCP Aditya, seorang pegawai polis yang disegani, berhadapan dengan musuh paling licik dalam kerjayanya apabila seorang pembunuh misteri mula mencabarnya. Pembunuh yang dikenali sebagai ‘V’ ini sengaja meninggalkan jejak, seolah olah mempermainkan pihak polis dan mencabar Aditya untuk menangkapnya.

Platform OTT: Amazon Prime Video


7. Net (2021)

Laxman, seorang lelaki biasa, secara rahsia melanggan perkhidmatan haram untuk mengintip kehidupan seorang gadis bernama Priya melalui kamera tersembunyi. Hidupnya menjadi kucar kacir apabila dia menyaksikan sesuatu yang buruk menimpa Priya, dan dia kini tersepit sama ada untuk mendedahkan kebenaran atau terus berdiam diri.

Platform OTT: ZEE5


8. Hidimbha (2023)

Misteri kehilangan beberapa wanita di bandar membawa dua orang pegawai polis kepada satu siasatan yang mencabar. Apa yang bermula sebagai kes penculikan biasa bertukar menjadi sesuatu yang lebih mengerikan apabila mereka menemui kaitan antara kes ini dengan kewujudan suku kaum purba yang mengamalkan kanibalisme.

Platform OTT: aha


9. Penguin (2020)

Walaupun sedang sarat mengandung, Rhythm masih tidak dapat melupakan kehilangan anak sulungnya, Ajay, yang diculik bertahun tahun lalu. Berbekalkan semangat yang tidak pernah padam, dia kembali ke sebuah hutan terpencil untuk mencari jawapan, namun apa yang ditemuinya adalah rahsia yang lebih gelap dari apa yang dibayangkan.

Platform OTT: Amazon Prime Video


10. Rahasyam (2019)

Seorang penulis novel thriller terkenal mendapati jalan cerita dalam buku terbaharunya menjadi kenyataan. Satu siri pembunuhan berlaku sebijik seperti apa yang ditulisnya, menyebabkan dia menjadi suspek utama dan kini dia perlu mencari dalang sebenar yang cuba memerangkapnya.

Platform OTT: Amazon Prime Video

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here