Home Review Sinopsis: Por Thozhil (2023)

Sinopsis: Por Thozhil (2023)

Advertisement

Pengenalan:
Por Thozhil ialah filem thriller jenayah berbahasa Tamil diarahkan oleh Vignesh Raja, yang menulisnya bersama Alfred Prakash. Filem ini dibintangi oleh R. Sarathkumar, Ashok Selvan dan Nikhila Vimal. Tajuk filem ini diilhamkan oleh puisi Subramania Bharati, Puthiya Aathi Chuvadi.

Plot:
Prakash ialah pelatih DSP yang baru dilantik, yang ditugaskan untuk bekerja dengan SP Loganathan dan juga seorang pembantu teknikal bernama Veena. Hubungan antara Prakash dengan Loganathan tidak begitu baik, mereka sering berbeza pendapat.

Advertisement

Satu hari mereka bertiga pergi ke Trichy untuk menyiasat pembunuhan ngeri seorang gadis muda di dalam hutan. Doktor membuat kesimpulan bahawa mangsa telah dicekik dari hadapan dengan dawai besi, Loganathan menjangkakan itu adalah satu siri pembunuhan.

Seperti yang diramalkan, beberapa lagi wanita muda dibunuh dengan cara yang sama dan mayat mereka ditinggalkan di dalam hutan dengan salah seorang daripadanya adalah anak kepada seorang konstabel polis. Tiada seorang pun daripada mangsa yang mempunyai sebarang kaitan atau persamaan kecuali umur mereka (awal-pertengahan 20-an) dan fakta bahawa mereka dibunuh dengan cara yang sama dan ditinggalkan di kawasan terpencil dalam radius 4-5 km dari rumah mereka.

Dapatkah mereka bertiga merungai misteri pembunuhan misteri ini.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here