Home Review Sinopsis Movie: Varisu (2023)

Sinopsis Movie: Varisu (2023)

Advertisement

Pengenalan:
Varisu ialah sebuah filem drama aksi, arahan Vamshi Paidipally yang menulisnya bersama Hari dan Ashishor Solomon. Dibintangi oleh Vijay, Rashmika Mandanna, R.Sarathkumar dan Prakash Raj sebagai watak penting.

Plot:
Vijay Rajendran, merupakan anak bongsu kepada seorang ahli perniagaan yang terkemuka iaitu Rajendran Palanisamy, Vijay telah dihalau oleh ayahnya dan dibuang daripada keluarga, kerana tidak mahu mengikut kehendaknya.

Advertisement

7 tahun kemudian Rajendran disahkan menghidap kanser pankreas pada peringkat terakhir dan hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk hidup. Dia memutuskan untuk mendedahkan penyakitnya lalu memilih antara dua anak yang sulung iaitu Jai dan Ajay, untuk menjadi pengerusi syarikat yang seterusnya, sebelum kematiannya tiba.

Rajendran merancang untuk meraikan hari jadinya dengan penuh meriah, lalu akan mendedahkan kedua-dua perkara tersebut pada majlis itu. Atas jemputan daripada ibunya, Vijay terpaksa hadir lalu dia mendapati keluarganya berada dalam keretakan. Abangnya Jai yang curang kepada isterinya manakala Ajay berhutang wang dengan jumlah yang besar kepada Along, apabila dia tidak mampu membayar, Ajay berniat untuk menjual rahsia syarikat kepada pesaing ayahnya Jayaprakash.

Hubungan antara kedua-dua abangnya juga dilihat semakin dingin, apabila mereka berdua berebut untuk menjadi pengganti ayahnya. Vijay yang melihat keadaan ini, memutuskan untuk membantu dan menyatukan kembali keluarganya. 

Dapatkah Vijay menjadi penyelamat kepada keluarganya yang hampir musnah?

Rating: 3.5/5

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here