Pengenalan:
Gadar 2 ialah sebuah filem drama aksi Hindi yang diarahkan dan diterbitkan oleh Anil Sharmadan ditulis oleh Shaktimaan Talwar. ia dibintangi oleh Sunny Deol, Ameesha Patel dan Utkarsh Sharma, yang memainkan semula watak mereka dari filem yang pertama.
Plot:
Pada tahun 1954, Hamid Iqbal ialah Jeneral Tentera Pakistan yang ingin membalas dendam terhadap Tara Singh kerana menghapuskan 40 tenteranya semasa Tara melarikan diri dari Pakistan dengan membawa isterinya Sakeena dan anak lelakinya Jeete.
Pada tahun 1971, Tara kini menjadi pembekal barangan kepada tentera India. Pada suatu hari, Tara dihubungi oleh Lt. Kolonel Devendra Rawat untuk mendapatkan bantuan dalam membekalkan tentera India dengan senjata ketika pertempuran sedang berlaku dengan tentera Pakistan di sempadan semasa Perang India-Pakistan Ketiga. Namun Tara dikesan oleh Iqbal, yang mengarahkan letupan di sempadan, menyebabkan ramai askar ditangkap dan Tara hilang.
Apabila mengetahui tentang kehilangan Tara di sempadan, Jeete berlepas ke Pakistan menentang hasrat semua orang untuk menyelamatkan bapanya.
Dapatkah Jeete mencari bapanya atau apa yang akan berlaku kepadanya? Jangan lupakan saksikan filem menarik ini.
Trailer