Korang rasa macam filem South India tahun 2025 ni macam slow sikit ke? Fikir balik beb! Industri filem South dah ‘hujan’kan kita dengan deretan filem filem baru yang gempak gila. Cerita dia penuh saspens, sarat dengan emosi, dan thrill dia memang tak boleh bawak bincang.
Paling best, banyak filem dalam senarai ni korang boleh layan. Jom kita bedah siasat satu persatu apa yang best sangat pasal 7 filem ni.
1. Aattam
Bayangkan satu bilik, 12 orang lelaki, dan seorang je perempuan. Semua ni ahli satu kumpulan teater. Lepas satu malam parti, tiba tiba keadaan jadi tegang. Si perempuan ni dakwa ada sesuatu yang tak elok berlaku pada dia.
Terus jadi huru hara. Masing masing mula tunjuk belang. Ada yang cuba jadi hero, ada yang nak tutup kes, ada yang main politik. Filem ni bukan macam cerita penyiasatan biasa. Ia lebih kepada satu permainan psikologi. Siapa yang korang boleh percaya bila semua orang ada motif tersembunyi? Ini bukan setakat cari siapa betul siapa salah. Ini dah jadi ‘game’ pasal siapa ada kuasa, siapa nak jaga maruah, dan siapa yang paling takut.
Platform OTT: Amazon Prime Video
2. Garuda Purana
Cerita ni bermula dengan beberapa siri pembunuhan misteri. Mangsa semuanya perempuan. Kes culik, rogol, dan bunuh bersiri makin menjadi jadi dan polis pun buntu.
Dalam kekalutan ni, kita follow tiga orang kawan baik, Mayu, Roshan, dan Kencha. Hidup diorang yang biasa biasa je mula berubah bila Mayu jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Nandini. Tapi baru nak bahagia, Nandini pula hilang tiba tiba. Tiga sekawan ni tak boleh duduk diam. Diorang mula siasat sendiri dan makin lama, diorang makin dekat dengan satu kebenaran yang gelap gila. Ini bukan kes jenayah biasa, tapi macam satu perhitungan dosa yang menakutkan.
Platform OTT: Amazon Prime Video
3. Mirage
Kisah seorang perempuan yang dunianya rasa macam nak hancur bila tunang dia tiba tiba hilang tanpa jejak. Polis? Macam biasa, diorang anggap ni kes orang hilang biasa je. Mungkin lari sebab tak nak kahwin.
Tapi perempuan ni rasa ada benda tak kena. Dia nekad nak cari sendiri jawapan. Siasatan dia tu temukan dia dengan seorang wartawan penyiasat. Kononnya nak tolong, tapi kehadiran mamat ni buat keadaan jadi makin serabut. Setiap bukti baru bukan bagi jawapan, tapi timbulkan lagi banyak soalan. Siapa kawan? Siapa lawan? Ini adalah permainan minda dan kepercayaan yang akan buat korang teka teki sampai akhir.
Platform OTT: Sony Liv
4. Bomb
Apa jadi kalau satu mayat boleh buat satu kampung bergaduh? Serius, satu mayat je. Cerita ni pasal satu kampung kecil yang dah terbahagi dua. Satu puak kuat percaya benda benda tahyul dan keajaiban. Satu puak lagi pulak jenis main logik akal dan sains.
Satu hari, seorang budak lelaki mati. Tapi lepas dia mati, mayat dia mula tunjuk benda benda pelik. Puak yang percaya tahyul kata ni semua keajaiban, tanda dari Tuhan. Puak logik pulak kata ini semua karut dan mesti ada orang yang saja buat cerita. Habis satu kampung berbalah. Persoalannya, apa sebenarnya yang berlaku kat mayat tu?
Platform OTT: Amazon Prime Video
5. Shakthi Thirumagan
Kittu. Itu nama dia. Mamat ni kira macam ‘problem solver’ kat tempat dia. Apa saja masalah, orang cari dia. Tapi Kittu bukan jadi macam ni saja saja. Ada satu kejadian tak adil masa dia kecil yang dah ubah dia.
Dia sedar musuh dia bukan orang jahat biasa, tapi satu sistem yang dah rosak teruk dari atas sampai bawah. Ahli politik, orang bisnes, pegawai kerajaan, semua main peranan dalam satu rangkaian korup. Kittu buat keputusan untuk lawan sistem ni sorang sorang. Memang nampak mustahil, tapi dia nekad. Ini cerita pasal orang biasa yang cuba lawan gergasi.
Platform OTT: JioHotstar
6. Daksha
Ini cerita pasal seorang pegawai wanita yang jujur gila dengan kerja dia. Bagi dia, kerja bukan setakat cari makan, tapi satu tanggungjawab. Satu hari, dia dapat satu kes yang nampak macam kes kecil je.
Tapi bila dia start korek, baru dia tahu dia dah terjumpa satu ‘Dark Network’ yang libatkan orang besar, pengubahan wang haram, dan ahli politik korup. Siasatan dia ni macam jolok sarang tebuan. Makin dia dekat dengan kebenaran, makin bahaya nyawa dia. Tapi dia jenis tak makan saman. Dia nak selesaikan jugak kes ni.
Platform OTT: Amazon Prime Video
7. Idli Kadai
Okay yang ni lari sikit dari thriller biasa, tapi plot dia padu. Kisah ni pasal seorang lelaki yang dah berjaya jadi chef hebat kat bandar. Hidup dah senang. Tapi takdir bawak dia balik ke kampung.
Dia kena warisi satu benda, sebuah kedai idli kecil. Arwah ayah dia punya. Wasiat terakhir ayah dia, kedai tu tak boleh tutup walau apa jadi. Dia tersepit antara impian dia sebagai chef moden dengan janji dia kat ayah dia. Lagi teruk, ada syarikat besar nak rampas kedai tu nak buat bisnes lain. Ini bukan lagi pasal masak idli, tapi pasal maruah, legasi, dan janji seorang anak.
Platform OTT: Netflix






