Shah Rukh Khan dan Katrina Kaif telah menjadi pelakon terbaru yang diuji positif COVID-19. Menurut pelbagai laporan media, ramai selebriti Bollywood telah dijangkiti virus yang digeruni itu sejak beberapa hari lalu, ada yang mendapatnya buat kali kedua dalam setahun.
Pada 5 Jun, Katrina diuji positif untuk coronavirus dan sebelum itu, Kartik Aaryan dan Aditya Roy Kapur dilaporkan telah diuji positif pada 4 Jun. Akshay Kumar juga diuji positif untuk COVID-19 bulan lepas.
Sementara itu, Ketua Menteri Bengal Barat Mamata Banerjee menggunakan akaun Twitternya mendoakan untuk Shah Rukh Khan, yang kebetulan merupakan duta jenama negeri itu.
5 Filem Kollywood Yang Bertemakan Superhero.

Perlu diingat bahawa negeri Maharashtra kini mengalami peningkatan yang tidak dijangka dalam kes COVID-19. Menteri Alam Sekitar dan Pelancongan negeri, Aaditya Thackeray pada 5 Jun berkata penutup muka mungkin diperlukan semula untuk mencegah penyebaran virus yang sangat menular itu.
Dalam 24 jam terakhir sahaja, Maharashtra melaporkan 4,889 kes COVID-19. Akibatnya, BMC telah mengeluarkan amaran kepada penduduk Mumbai berikutan peningkatan ketara dalam kes baharu COVID-19 setiap hari. Pada 5 Jun, Mumbai melaporkan 961 kes baharu dan satu kematian. Sementara itu, Shah Rukh Khan baru-baru ini mengumumkan filem terbaru beliau yang bertajuk Jawan arahan Atlee. Penghibur no 1 itu benar-benar memcipta gelombang di media sosial. Filem ini akan ditayangkan pada 2 Jun 2023, dalam lima bahasa – Hindi, Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada.
Like dan Follow kami di facebook – Tamilsbolly











