Home News Selepas Ditangguhkan, Salaar Dijangka Akan Ditayangkan Pada Tarikh Ini.

Selepas Ditangguhkan, Salaar Dijangka Akan Ditayangkan Pada Tarikh Ini.

Advertisement

Selepas mengumumkan penangguhan tarikh tayangan, filem Salaar lakonan Prabhas yang diarahkan oleh Prashanth Neel, merupakan sebuah filem yang paling dinantikan pada tahun ini. Bagaimanapun, produser telah memutuskan untuk menangguhkan filem itu kerana pasca produksi masih belum selesai.

Kini, kami mendengar bahawa Salaar mungkin akan dikeluarkan pada bulan November atau Januari 2024, semasa Diwali atau Sankranti. Bagaimanapun, belum ada lagi pengesahan rasmi yang dibuat oleh pasukan Salaar.

Advertisement

Menurut sumber yang hampir dengan projek itu, “Pengarah Prashanth Neel tidak mahu berkompromi dengan produk akhir Salaar: Bahagian 1. Oleh itu, dia telah memutuskan untuk mengusahakan pasca produksi dan fokus utama untuk mennghasilkan sebuah filem yang sempurna.

Namun, untuk memastikan produk terbaik untuk disampaikan kepada penonton, filem ini akan ditayangkan pada bulan November sekitar Diwali. Sementara itu, pengarah sedang bekerja keras bagi memastikan semua berjalan seperti dirancang. Penerbit Hombale Films dijangka akan mengumumkan tarikh tayangan baharu tidak lama lagi.

Penangguhan Salaar sedikit sebanyak telah mengecewakan para peminat yang sekian lama menunggu filem ini. Salaar adalah filem penting untuk Prabhas kerana filem sebelumnya iaitu Radhe Shyam dan Adipurush gagal di carta box office.

Dikhabarkan filem ini akan dikeluarkan dalam dua bahagian, yang pertama bertajuk Salaar: The Ceasefire. filem ini turut dibintangi oleh Shruti Haasan, Prithviraj Sukumarnan, dan Jagapathi Babu dalam peranan utama.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here