Home News Tempatan Sangat Kejam, Seekor Kucing Yang Diletakkan Di Dalam Guni Yang Berikat Dan...

Sangat Kejam, Seekor Kucing Yang Diletakkan Di Dalam Guni Yang Berikat Dan Dibuang Dalam Tong Sampah.

Advertisement

KUALA NERANG – Mana letak hati nurani seorang manusia, yang sanggup meletakkan seekor kucing di dalam guni dan dibuang ke dalam tong sampah.

Dua pekerja pembersihan E-idaman tidak menyangka bunyi ‘meow’ yang di dengarinya datang dari dalam lori tong sampah milik mereka.

Advertisement

Salah seorang daripada pekerja terbabit Aziz Dahlan, 48, berkata, kejadian itu berlaku di Pekan Kuala Nerang pada jam 9 pagi Jumaat ketika dia bersama beberapa rakannya sedang melakukan tugas mengangkut sampah ke dalam lori.

“Ketika tong sampah diangkat ke dalam lori bunyi ‘meow’ itu kedengaran semakin kuat dan saya cuba mencari bunyi berkenaan dan menjumpai sekarung guni.

“Apabila saya mengangkat guni yang diikat dengan tali dan membukanya, kelihatan seekor kucing berada di dalam guni tersebut ,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Menurut Aziz yang sudah setahun bekerja di syarikat pembersihan, kejadian itu dianggap sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana haiwan itu masih hidup dimasuk dan diikat di dalam guni.

Berdasarkan video yang ditular di laman sosial Facebook berdurasi satu minit 29 saat itu menunjukkan dua pekerja kontraktor syarikat pembersihan E-idaman berjaya menyelamatkan kucing berkenaan selepas terdengar bunyi suara kucing dalam timbunan sampah yang baru di tuang ke dalam lori.

Video berkenaan mendapat kecaman warganet yang menyifatkan perbuatan individu yang membuang kucing berkenaan sangat kejam kerana haiwan itu masih bernyawa.

Tonton Video disini

Sumber: Awani

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here