Mega Power Star Ram Charan yang kini berada di Amerika untuk mempromosikan RRR yang bakal ditayangkan di beberapa tempat disana. Filem yang berjaya di Oscar itu telah menerima pengiktirafan di serata dunia dengan media barat memuji sentuhan karya SS Rajamouli dan babak aksi yang sungguh luar biasa di dalam filem itu.
Ram Charan dan Jr NTR menerima pujian dan kedua-dua bintang itu, kini tercalon dalam Anugerah Super pilihan Pengkritik untuk Pelakon Lelaki Terbaik dalam peranan Aksi. Manakala lagu Naatu Naatu telah memenangi Golden Globes. RRR juga telah dicalonkan untuk filem aksi terbaik dan bakal berentap bersama filem blockbuster Hollywodd seperti Top Gun.
RRR mendapat pujian antarabangsa, khususnya Ram Charan telah menerima pujian besar-besaran untuk wataknya sebagai Alluri Sitararma Raju. Dia baru-baru ini muncul sebagai tetamu di rancangan TV popular ‘Good Morning Amerika’ dan rancangan ABC News, di mana dia berkongsi perjalanannya bersama RRR dan bagaimana filem itu membawa pawagam Telugu menjadi terkenal di seluruh dunia.
Dia juga mendedahkan bahawa terdapat banyak minat dalam komuniti pembikinan filem antarabangsa dan dia mahu pengarah dari barat untuk menerokai bakat di India. Seterusnya dia menambah bahawa dia telah komited untuk beberapa projek India buat masa ini, yang mana dia menyukai untuk bekerjasama dengan filem dari Hollywood.