Asyik pening je fikir nak tengok apa hujung minggu ni? Kalau korang dah bosan layan cerita yang sama, apa kata kita tengok senarai filem dan rancangan terbaru dari industri India Selatan yang akan masuk platform OTT minggu ni.
Banyak filem baru nak masuk pawagam, tapi yang kat rumah pun tak kurang hebatnya. Daripada filem aksi epik sampailah ke drama keluarga, semua ada. Jom kami senaraikan 7 rancangan terbaru untuk korang layan.
1. Kantara: Chapter 1
Siapa yang tak ingat filem Kantara yang meletup dulu tu? Haa ni dia prekuel dia, Kantara Chapter 1. Rishab Shetty sekali lagi jadi hero dan pengarah. Cerita ni bergenre aksi mitologi epik.
Ia mengisahkan seorang lelaki muda dari puak Kantara yang dilindungi oleh dewa dewi Panjurli dan Guliga. Puak diaorang ni hidup aman dengan hasil tanaman rempah, tapi ada pula puak tamak yang nak rampas tanah diaorang. Raja Bangra yang kejam tu dah mula pasang niat jahat. Memang epik la bila diaorang terpaksa lawan balik dengan bantuan dewa dewi.
- Platform: Amazon Prime Video
- Tarikh Strim: 31 Oktober 2025
2. Idli Kadai
Filem Idli Kadai ni istimewa sikit sebab Dhanush sendiri yang tulis skrip, arah, dan berlakon. Cerita ni pasal Murugan, seorang lelaki dari kampung yang tak nak warisi kedai idli kecil bapak dia. Dia pindah ke Madurai nak cari hidup baru, dan memang berjaya. Siap bercinta dengan anak bos.
Tapi hidup dia berubah bila dapat tahu bapak dia meninggal. Murugan terpaksa balik kampung, tinggal semua kemewahan, dan ambil alih bisnes keluarga. Masa dia tengah pulihkan kedai idli tu, abang kepada bekas tunang dia pula datang nak balas dendam. Macam mana dia nak setel semua ni?
- Platform: Netflix
- Tarikh Strim: 29 Oktober 2025
3. Jayammu NishchayammuRaa with Jagapathi Babu
Kalau korang layan rancangan bual bicara, boleh check out Jayammu NishchayammuRaa. Ini talk show Telugu yang dihoskan oleh pelakon popular Jagapathi Babu. Episod minggu ni memang best sebab tetamu jemputan dia adalah komposer filem Pushpa iaitu Devi Sri Prasad atau DSP. Mesti banyak cerita best diaorang borak.
- Platform: ZEE5
- Tarikh Strim: 31 Oktober 2025
4. Blackmail
Suka cerita jenayah yang mendebarkan? Blackmail mungkin pilihan korang. Cerita Tamil ni pasal Mani, yang hidup dia jadi kelam kabut bila tahu awek dia mengandung. Dalam masa yang sama, ada watak Ashok, bapa yang terdesak sebab anak dia kena culik. Ada juga Archana yang jadi mangsa peras ugut bekas kekasih. Entah macam mana, hidup tiga orang ni bertembung dan terjerat dalam satu kes yang rumit. Dengar pun dah saspen.
- Platform: SunNXT
- Tarikh Strim: 30 Oktober 2025
5. Madhuram Jeevamrutha Bindu
Ini filem antologi Malayalam. Maksudnya ada empat cerita pendek yang berbeza tapi saling berkaitan. Tema dia pasal kebahagiaan, cinta, dan impian. Pelakon pun bukan biasa biasa. Ada Basil Joseph, Suhasini Maniratnam, Lal dan ramai lagi. Kalau nak layan cerita yang santai tapi penuh emosi, boleh cari filem ni.
- Platform: Saina Play
- Tarikh Strim: 31 Oktober 2025
6. Pathrosin Thalaimurai / Patros Yokka Citralu
Nak gelak sakan? Cuba layan filem komedi drama ni. Pathrosin Thalaimurai (Tamil) atau Patros Yokka Citralu (Telugu) ni sebenarnya versi alih bahasa dari filem Malayalam Pathrosinte Padappukal.
Cerita dia simple je. Pasal Pathrose yang hidup dengan isteri dan empat orang anak dia yang pelik pelik. Dah sedia huru hara, tiba tiba mak Pathrose pula pindah masuk rumah diaorang. Bayangkanlah betapa kelakarnya keadaan rumah tu.
- Platform: Saina Play
- Tarikh Strim: 24 Oktober 2025
7. Lokah Chapter 1: Chandra
Filem paling gempak dalam senarai ni mungkin Lokah Chapter 1 Chandra. Ini filem superhero aksi yang dibintangi Kalyani Priyadarshan. Apa yang best, filem ni ada banyak penampilan istimewa macam Tovino Thomas, Dulquer Salmaan, Sunny Wayne, dan juga suara Mammootty.
Cerita dia pasal Chandra, wanita misteri yang dipanggil dari Sweden ke Karnataka. Dia cuba hidup biasa kat Bengaluru, tapi jiran dia Sunny pula syok kat dia. Keadaan jadi bahaya bila Chandra terlibat dengan sindiket pemerdagangan organ. Rupanya Chandra ni bukan orang biasa, tapi makhluk mitos Kalliyankattu Neeli.
- Platform: JioHotstar











