Tengah cari cerita seram best untuk layan malam minggu? Kalau korang jenis yang suka rasa seram sejuk sampai tak boleh tidur, nah kami dah kumpulkan lima siri seram padu yang korang boleh binge-watch. Tutup lampu, kunci pintu, dan jom layan!
1. Betaal
Genre: Seram, Aksi, Zombi Boleh tonton di: Netflix
Cerita ni bermula bila satu syarikat pembinaan nak buat jalan raya baru yang kena lalu satu kawasan perkampungan terpencil. Masalahnya, dekat situ ada satu kubu lama tinggalan tentera British yang orang kata ada sumpahan. Legendanya, askar askar British zaman dulu yang mati kat situ semuanya dah bertukar jadi zombi ganas.
Bila pekerja dan pegawai sampai kat tapak projek tu, mulalah benda benda pelik jadi. Ada yang hilang, ada yang kena serang dengan tentera zombi ni. Keadaan jadi lagi huru hara bila salah seorang anggota skuad keselamatan tu tiba tiba kena rasuk dengan roh Kolonel British yang jahat. Akhirnya, mereka semua terperangkap dalam kubu lama tu dan terpaksa berlawan untuk hidup menentang tentera yang tak boleh mati.
2. Ghoul
Genre: Seram, Thriller, Supernatural Boleh tonton di: Netflix
Kisah pasal seorang pegawai soal siasat muda, Nida Rahim, yang baru dapat kerja di sebuah pusat tahanan tentera yang lokasinya sangat terpencil. Dia dapat kerja ni pun lepas dia laporkan aktiviti anti kerajaan ayah dia sendiri. Suasana di pusat tahanan tu jadi makin tegang bila seorang banduan baru bernama Ali Saeed tiba.
Bila disoal siasat, jawapan Ali Saeed ni pelik semacam dan buat Nida rasa tak sedap hati. Sikit demi sikit, rahsia gelap setiap pengawal dan pegawai di situ mula terbongkar. Nida akhirnya sedar yang Ali Saeed ni bukan banduan biasa, tapi dia ada kaitan dengan Ghoul, sejenis makhluk halus yang menakutkan. Ancaman yang mereka hadapi bukan saja fizikal, tapi juga menguji mental dan kepercayaan mereka.
3. Adhura
Genre: Seram, Thriller Psikologi Boleh tonton di: Amazon Prime Video
Adhura ni pulak cerita seram yang banyak main dengan emosi dan psikologi. Ia mengisahkan tentang rasa bersalah, dendam, dan rahsia lama yang tersimpan. Latar tempat utamanya ialah sebuah sekolah asrama lama yang nampak creepy dan penuh dengan misteri.
Kisah bermula apabila sekumpulan bekas pelajar datang untuk satu majlis reunion. Pertemuan semula tu membongkar semula kisah silam yang menakutkan dan trauma yang mereka cuba lupakan. Cerita ni akan buat korang tertanya tanya, adakah sekolah tu betul betul berhantu, atau semua gangguan tu hanyalah mainan perasaan dan fikiran watak wataknya?
4. Inspector Rishi
Genre: Seram, Kriminal, Drama Boleh tonton di: Amazon Prime Video
Siri ni mengisahkan tentang seorang inspektor polis bernama Rishi Nandhan. Dia ni ada sejarah hidup yang tragis, sebelah matanya buta dan dia gagal selamatkan kekasihnya dalam satu insiden tembak menembak. Disebabkan trauma tu, dia dipindahkan ke sebuah kampung terpencil dalam hutan.
Kat kampung tu, Rishi bersama dua orang pembantunya kena siasat satu siri pembunuhan misteri. Penduduk kampung percaya semua pembunuhan tu adalah kerja Vanaratchi, sejenis roh penjaga hutan. Jadi, Rishi bukan saja kena cari bukti dan selesaikan kes jenayah, tapi dia juga terpaksa berdepan dengan kepercayaan karut dan misteri antara mitos dan realiti.
5. Khauf
Genre: Seram, Supen, Paranormal Boleh tonton di: Amazon Prime Video
Khauf mengisahkan tentang Madhu, seorang gadis yang baru berpindah ke bandar besar untuk mulakan hidup baru. Dia menyewa di sebuah asrama wanita yang murah, tapi dia tak tahu yang asrama tu sebenarnya ada sejarah gelap. Sejak hari pertama dia tinggal di bilik tu, dia mula rasa diganggu.
Mula mula cuma bunyi pelik, lepas tu dia rasa macam ada ‘benda’ lain dalam bilik tu bersamanya. Gangguan makin menjadi jadi setiap malam sampai dia jadi takut dan cemas. Sedikit demi sedikit, rahsia tentang bilik tu dan penghuni lamanya mula terbongkar, memaksa Madhu berdepan dengan ketakutannya sendiri sambil cuba memahami entiti ghaib yang menghantui hidupnya.