Home News Kiara Advani Berkongsi Hubungan Lama, Bersama ‘Salman Khan’

Kiara Advani Berkongsi Hubungan Lama, Bersama ‘Salman Khan’

Advertisement

Kiara Advani yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, sentiasa berkongsi hubungan rapatnya bersama Salman Khan. Malah, Salman orang yang bertanggungjawab menasihatinya untuk menukar namanya daripada nama asal Aaliya Advani.

Namun, tahukah anda kedua-dua pelakon ini pernah berkongsi hubungan lama? Ya, anda membacanya dengan betul, dalam temubual lama dengan portal berita, Kiara mendedahkan bahawa datuknya, yang merupakan abang kepada Saeed Jaffrey, berkahwin dua kali, nenek pertamanya ialah orang eropah. Walaupun dia seorang islam, dia menceraikannya untuk berkahwin dengan nenek kedua saya, iaitu anak perempuan Ashok Kumar.

Advertisement

Semenjak nenek pertamanya pergi mengembara ke seluruh dunia, nenek kedua yang menjaga ibunya sejak dia berumur 13 tahun. Kiara menambah, semasa datuknya meninggal dunia beberap tahun yang lalu, nenek pertamanya kembali ke India, kami semua adalah satu keluarga yang besar dan bahagia.

Kiara menambah, walaupun ibubapanya bukan sebahagian daripada industri perfileman, ibunya Genevieve Jaffrey dan Salman Khan dikatakan berkawan baik. Malah, dia juga mengatakan ibu saudaranya pernah ada hubungan dengan Salman waktu ketika dahulu.

Semasa perkahwinan Kiara baru-baru ini, Salman Khan menghadiri majlis itu, sebenarnya Salman yang membayangkan pasangan itu bakal berkahwin. Pada Oktober lalu, Sidharth mempromosikan filemnya ‘Thank God’ di Bigg Boss 16. Salman telah mengusiknya tentang perkahwinannya.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here