Home Info Kenali 5 Pelakon Popular Bollywood Yang Masih Belum Berkahwin

Kenali 5 Pelakon Popular Bollywood Yang Masih Belum Berkahwin

Advertisement

Kita sering melihat lakonan mereka di layar perak tapi tahukan anda ada di antara mereka masih belum berkahwin walaupun umur sudah melebihi 40an, dibawah ini kami senaraikan 5 pelakon popular yang masih kekal Bujang hingga ke hari ini.

5) Tabu

Advertisement
instagram@tabutiful

Tabu atau nama sebenarnya Tabassum Fatima Hashmi dilahirkan pada bulan November 1971, Tabu dianggap sebagai salah seorang pelakon yang paling berjaya di India. Beliau juga banyak menerima pelbagai anugerah, termasuk dua Anugerah Filem Kebangsaan untuk Pelakon Wanita Terbaik dan enam Anugerah Filmfare. Antara filem popular yang pernah dibintanginya Drishyam (2015) bersama Ajar Devgn, Hum Saath-Saath Hain (1999) bersama Salman Khan dan Saif Ali Khan. Tapi pada usia 51 tahun Tabu masih belum berkahwin.

4) Akshaye Khanna

deccanherald.com

Akshaye Vinod Khanna atau dikenali sebagai Akshaye Khanna lahir pada bulan march 1975 pada usia 47 tahun beliau masih kekal bujang dan belum berkahwin. Akshaye Khanna juga adalah anak kepada pelakon Vinod Khanna, antara filem popular yang pernah dibintanginya Taal (1999) bergandingan dengan Anil Kapoor, Dil Chahta Hai (2001) bersama Amir Khan, Humraaz (2002) bersama Bobby Deol.

3) Uday Chopra

instagram@udayc

Uday Raj Chopra dilahirkan pada bulan januari 1793 seorang pelakon dan penerbit filem, Beliau adalah anak kepada mendiang Yash Chopra dan sepupu kepada pengarah tersohor Bollywood Karan Johar. Antara filem romantik lakonannya yang sering diingati adalah filem Mohabbatein (2000) dan Mere Yaar Ki Shaadi Hai (2002). Kini pada usia 49 tahun dia masih hidup sendiri tanpa ada wanita disampingnya.

2) Ameesha Patel

instagram@ameeshapatel9

Siapa yang tidak mengenali Ameesha Patel pelakon yang memiliki wajah yang cantik dan seksi ini telah berumur 47 tahun dan masih belum berkahwin. Ameesha Patel atau nama sebenarnya Amisha Amit Patel lahir pada bulan june 1975, seorang model dan pelakon bagi filem Bollywood, dia juga pernah muncul dalam beberapa filem Telugu dan satu filem Tamil. Antara filem blockbuster yang pernah dibintanginya adalah Kaho Naa… Pyaar Hai pada tahun (2000) dalam filem ini beliau bergandingan dengan Hrithik Roshan yang mana filem ini juga telah mengangkat beliau menjadi terkenal pada ketika itu.

1) Salman Khan

instagram@beingsalmankhan

Siapa yang tidak mengenali pelakon Salman Khan atau nama sebenarnya Abdul Rashid Salim Salman Khan dilahirkan pada 27 Disember 1965 adalah seorang pelakon dan penerbit filem di Bollywood. Actor yang tampan dan sasa ini telah berlakon lebih dari 40 buah filem. Dia juga pernah menerima pelbagai Anugerah antaranya termasuk dua Anugerah Filem Kebangsaan sebagai penerbit filem, dan dua Anugerah Filmfare untuk lakonan. Pada usia 57 tahun Salman Khan masih hidup single tanpa ada wanita disampingnya.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here