Home News Kejutan! Sekuel ‘Marco’ Diumumkan Dengan Tajuk ‘Lord Marco’, Tapi Unni Mukundan Sah...

Kejutan! Sekuel ‘Marco’ Diumumkan Dengan Tajuk ‘Lord Marco’, Tapi Unni Mukundan Sah Takkan Kembali

Advertisement

Peminat filem Malayalam pasti ingat lagi dengan filem aksi ganas ‘Marco’ yang meletup pada tahun 2024. Filem yang dibintangi oleh Unni Mukundan itu bukan sahaja cipta sejarah sebagai filem rating A pertama yang kutip lebih Rs 100 crore, tapi juga terkenal dengan kontroversi keganasannya yang melampau.

Terbaru, khabar gembira untuk peminat apabila sekuelnya secara rasmi diumumkan dengan tajuk yang telah didaftarkan iaitu ‘Lord Marco’. Pengarah Haneef Adeni disahkan akan kembali mengarahkan filem kedua ini dibawah syarikat produksi yang sama, Cubes Entertainments.

Advertisement

Namun, ada satu kejutan besar yang mungkin akan mengecewakan sesetengah peminat. Unni Mukundan disahkan tidak akan kembali membawa watak ikonik tersebut dalam ‘Lord Marco’, dan pihak produksi kini sedang dalam proses mencari pelakon utama yang baharu untuk menggantikannya.

Unni sendiri sebelum ini pernah menjelaskan yang dia tidak lagi berminat untuk meneruskan siri ‘Marco’. Katanya, terdapat terlalu banyak aura negatif yang menyelubungi projek tersebut, dan dia mahu fokus untuk menghasilkan sesuatu yang lebih besar dan lebih baik pada masa akan datang.

Nampaknya Unni Mukundan memang sudah move on sepenuhnya. Baru baru ini, dia telah mengumumkan projek terbarunya iaitu sebuah filem biopik Perdana Menteri India, Narendra Modi yang berjudul ‘Maa Vande’.

Walaupun pelakon utama masih menjadi tanda tanya, ‘Lord Marco’ dilaporkan akan dihasilkan dengan skala yang jauh lebih besar berbanding filem pertamanya. Kini, semua mata tertumpu pada pengumuman rasmi tentang siapa yang bakal menggalas watak utama dalam francais ini.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here