Katrina Kaif kini sedang sibuk untuk mengeluarkan filem akan datangnya iaitu berjudul Merry Christmas. Ini merupakan Keluaran pertamanya tahun ini, diarahkan oleh Sriram Raghavan akan menampilkan Vijay Sethupathi sebagai gandingannya. Menjelang tayangannya, pasukan itu sibuk dengan promosi filem dan kerja di sebalik tabir penggambaran filem itu.
Dalam temu bual baru-baru ini, pelakon Tiger 3 itu berkongsi yang dia pernah menonton filem 93 lakonan Vijay Sethupathi, kemudian dia Google namanya sebelum bertemu untuk ‘menyegarkan ingatannya’.
Semasa bercakap dengan Bollywood Hungama, Katrina Kaif teringat yang dia pernah menonton Sethupathi dalam filem 96 tapi ingat-ingat lupa. Pelakon itu menyatakan, “Saya sebenarnya pertama kali benar-benar perasan dalam filem 83 tak pasti betul ke tak tajuknya…Adakah ia 83 atau??. Lalu Vijay dan Sriram kedua-duanya membetulkannya dan mengingatkannya bahawa ia adalah 96, dia menyambung, “96, maaf. lalu Katrina menyatakan sangat menyukai filem 96 itu.”
Dia terus memuji lakonan Vijay dan Trisha dalam filem itu dan menyatakan bahawa dia masih mengingati mereka dalam kepalanya. Menurutnya, adegan antara kedua-dua pelakon itu ‘sangat unik dan sangat lembut’ yang kekal bersamanya. Oleh itu, dia menyedari pelakon dari filem itu. Walau bagaimanapun, sudah sangat lama masa berlalu ketika saya menonton filem itu dan pengarah Sriram Raghavan memberitahu untuk mempertimbangkan Vijay untuk watak utama dalam filemnya, Merry Christmas.
Pelakon itu seterusnya menyatakan, apabila dimaklumkan mengenai Vijay menjadi pilihan filem itu, dia mengaku telah google namanya untuk ‘menyegarkan ingatannya’. “Saya hanya google terus dia, sekadar untuk menyegarkan ingatan.
Vijay Sethupathi yang sangat disayangi kerana watak negatifnya dalam filem mendedahkan bahawa dia mahu berfikir secara bebas dan di luar kotak yang mana dia terfikir untuk mencuba peranan jahat dalam filem 2021 arahan Lokesh Kanagaraj, Master. Dalam temu bual eksklusif dengan Pinkvilla, pelakon Jawan itu berkongsi, “Saya fikir watak penjahat adalah kebebasan yang sangat besar. Anda membunuh orang, dan kemudian anda menyeksa orang, dan anda berseronok di dalamnya, yang anda tidak boleh lakukan dalam kehidupan sebenar. ”
Mengenai Merry Christmas:
Filem thriller romantis Merry Christmas arahan Sriram Raghavan menampilkan Katrina Kaif dan Vijay Sethupathi turut dibintangi Tinnu Raaj Anand, Sanjay Kapoor, Vinay Pathak, Pratima Kannan, Radhika Apte dan Ashwini Kalsekar dalam peranan penting. filem itu akan ditayangkan di pawagam dalam bahasa Hindi dan Tamil pada 12 Januari 2024.