Kamal Haasan bersama pengarah Shankar akan menjayakan filem sekuel iaitu ‘Indian 2’ dan pengarah itu telah berjaya menyelesaikan jadual pendek di Chennai. Laporan terbaru menunjukkan bahawa ‘Indian 2’ bakal menjadi filem terpanjang Kamal Haasan. Penulis popular Jeyamohan sedang membantu Shankar dalam membina skrip untuk ‘Indian 2’, dan kedua-duanya merancang untuk membuat filem itu sekitar 3 jam 10 minit, yang akan menjadi filem paling lama untuk mana-mana filem tamil yang dikeluarkan dalam beberapa tahun ini. Selain itu, ‘Indian 2’ dengan tayangan selama 3 jam dan 10 minit akan menjadikannya filem kedua terpanjang Kamal Haasan, selepas ‘Hey Ram’ (3 jam 12 minit).
Walaupun kebanyakan filem pengarah Shankar mempunyai masa tayangan lebih daripada 3 jam, ‘Indian 2’ akan menjadi filem terpanjang bagi pengarah itu, dan mari kita tunggu dan lihat bagaimana pengarah itu akan lakukan untuk menarik perhatian penonton. Perlu dinyatakan bahawa filem ‘India’ pada tahun 1996 telah mempunyai masa tayangan 3 jam 5 minit.
Selepas terlepas jadual pertama kerana perjalanan ke AS, Kamal Haasan akan menyertai penggambaran ‘Indian 2’ dalam jadual seterusnya, yang dirancang bermula minggu ketiga September. Kamal Haasan telah bersedia untuk megubah suai wajahnya untuk keliatan warga emas dalam ‘Indian 2’, dan ia akan menjadi hari yang sibuk untuk pelakon legenda itu.
Siddharth, Kajal Aggarwal, Rakul Preet Singh, Priya Bhavani Shankar, dan Bobby Simha juga memainkan peranan penting, dan mereka juga dijangka menjadi sebahagian daripada jadual seterusnya. Ravi Varman telah menggantikan Rathavelu sebagai sinematografer, manakala muzik disediakan oleh Anirudh Ravichander.











