Filem terbaru arahan Dhanush, Idli Kadai, nampaknya cuba bermain dengan perasaan penonton. Sejak filem Pa. Pandi lagi, kita tahu Dhanush memang suka cerita yang penuh nostalgia dan sentimental. Tapi kali ini, dalam Idli Kadai, dia macam terlebih pulak. Sampai kita rasa macam dah bosan dan muak.
Kisah filem ini bermula dengan watak utama, Murugan, yang dilakonkan sendiri oleh Dhanush. Murugan ni seorang pemuda yang ada cita cita besar. Dia nak hidup mewah, kahwin dengan anak jutawan bernama Meera (Shalini Pandey), dan kerja dengan bapa mentua dia (Sathyaraj).
Tapi hidup dia tak senang. Dia selalu jadi mangsa buli abang ipar dia, Ashwin (Arun Vijay), yang memang manja dan berlagak.
Satu hari, Murugan terpaksa balik ke kampung dia. Di situlah dia mula sedar asal usul dia dan terbuka hati nak ambil alih kedai idli milik ayahnya, Sivanesan (Raj Kiran). Kedai idli ni bukan kedai biasa, ia ada banyak kenangan untuk orang kampung.
Bila si Ashwin dapat tahu Murugan balik jaga kedai idli, egonya rasa tercabar. Dia pun mula buat rancangan jahat nak jatuhkan Murugan habis habisan.
Jujurnya, jalan cerita filem ni sangat mudah dijangka. Kita macam dah pernah tengok cerita macam ni banyak kali dalam filem lain. Watak watak dia pun klise sangat. Ada watak mak ayah yang baik macam malaikat, watak jahat yang teramat jahat, watak kawan lama yang sentiasa beri sokongan, dan watak polis yang nampak korup tapi sebenarnya ada sisi baik.
Babak babak sedih dan melodrama dalam filem ni nampak macam dibuat buat dan boleh diagak. Malah, ada bahagian dalam cerita ni yang rasa macam tak kena. Ia seolah olah cuba menyalahkan orang yang berhijrah atau bercita cita nak ubah nasib keluarga. Pemikiran macam ni rasa macam dah kolot sikit.
Walaupun begitu, filem ni ada juga sedikit keistimewaannya. Ada beberapa babak yang emosinya ‘sampai’ ke hati penonton. Lakonan para pelakon pun mantap. Mereka berjaya hidupkan watak yang sebenarnya ditulis dengan biasa biasa sahaja.
Kisah cinta antara Murugan dan Kayal (Nithya Menen) juga nampak manis dan menarik. Ia macam bagi nafas baru kepada kisah cinta klise lelaki bandar balik kampung jatuh cinta dengan gadis kampung.
Kesimpulannya, filem Idli Kadai ini ada kekuatan sinematografi dan lakonan yang buat kita boleh layan. Tapi, dengan bakat besar yang Dhanush ada sebagai pengarah, kita sebenarnya harapkan sesuatu yang lebih hebat, bukan sekadar sebuah cerita yang jual nostalgia semata mata.
TONTON STREAM KLIK SINI- https://t.me/tamilsbollybot
LEPAS MASUK KE TELEGRAM MASUKKAN KOD INI /IdliKadai2025Tonton
TANDA PALANG YANG NI / JANGAN LUPA COPY SEKALI
TRAILER











