Home News Hubungan Mrunal Thakur dan Dhanush Dapat Restu Keluarga? Tindakan Kakak Pelakon Itu...

Hubungan Mrunal Thakur dan Dhanush Dapat Restu Keluarga? Tindakan Kakak Pelakon Itu Jadi Tanda Tanya

Advertisement

Kecoh sekarang ini dunia hiburan Bollywood dan Kollywood dengan desas desus cinta antara dua bintang ternama, Mrunal Thakur dan Dhanush. Semuanya bermula apabila kedua dua pelakon ini dilihat begitu mesra di beberapa acara, malah kehadiran Dhanush yang tidak dijangka di majlis pelancaran filem Son of Sardaar 2 dan kemudian di sambutan hari jadi Mrunal seakan akan menguatkan lagi spekulasi ini.

Api khabar angin ini menjadi semakin marak apabila sebuah video yang menunjukkan mereka berjalan sambil berpegangan tangan tular di internet. Sejak itu, para peminat mula membuat andaian bahawa hubungan mereka bukan sekadar kawan biasa, tetapi mungkin sudah mekar menjadi sesuatu yang lebih istimewa.

Advertisement

Terbaru, satu lagi petunjuk seolah olah timbul yang memberi bayangan bahawa hubungan ini mungkin sudah sampai ke pengetahuan keluarga. Pelakon jelita yang terkenal dengan filem Sita Ramam itu didapati telah mengikuti dua orang kakak kepada Dhanush di laman media sosial Instagram.

Menurut laporan media, Mrunal Thakur baru sahaja mengikuti akaun Instagram milik Dr. Karthika Karthik dan Vimala Geetha, iaitu dua orang kakak Dhanush. Apa yang lebih menarik, kedua dua kakak pelakon lelaki itu juga dilihat mengikuti semula akaun Instagram Mrunal. Tindakan saling mengikuti di media sosial ini membuatkan ramai yang percaya bahawa Dhanush mungkin sudah pun memperkenalkan Mrunal kepada ahli keluarganya.

Seolah olah mengiyakan spekulasi ini, satu sumber yang dekat dengan pasangan itu telah mengesahkan perkara tersebut. Menurut sumber itu, “Ya, memang benar mereka sedang bercinta.”

Walaupun sudah ada pengakuan daripada sumber, pasangan itu sendiri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Sumber itu menambah lagi bahawa hubungan mereka masih di peringkat awal dan mereka mahu ia berjalan secara perlahan. “Hubungan ini masih baru dan mereka tiada rancangan untuk menghebahkannya kepada umum atau media buat masa ini. Pada masa yang sama, mereka tidak risau untuk keluar bersama dan dilihat oleh orang ramai. Rakan rakan mereka juga sangat menyokong kerana mereka berdua sangat serasi dari segi nilai, pilihan dan cara berfikir,” jelas sumber tersebut.

Persoalannya, di manakah bibit bibit cinta ini mula berputik? Kejayaan besar filem Sita Ramam telah membuka banyak pintu untuk Mrunal di industri filem Selatan India. Dalam kesibukannya berulang alik antara Mumbai dan Hyderabad untuk kerja, dilaporkan bahawa beliau bertemu dengan Dhanush buat pertama kalinya di sebuah acara di Selatan. Dari situlah mereka mula berkenalan dan menjadi semakin rapat.

Untuk makluman, Dhanush sebelum ini pernah berkahwin dengan anak perempuan kepada lagenda filem Tamil, Rajinikanth, iaitu Aishwarya. Perkahwinan mereka yang terjalin selama 18 tahun itu bagaimanapun berakhir apabila mereka mengumumkan perpisahan pada tahun 2022.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here