Home News Hari Pembukaan, Jawan Telah Berjaya Menawan Seluruh Dunia Di Box Office.

Hari Pembukaan, Jawan Telah Berjaya Menawan Seluruh Dunia Di Box Office.

Advertisement

Selepas berjaya dengan filem blockbuster sepanjang masa menerusi Pathaan pada Januari tahun ini, bintang terkenal Bollywood Shah Rukh Khan kembali dengan filem terbarunya iaitu Jawan.

Filem ini telah ditayangkan di seluruh dunia pada 9 September dan dibuka dengan sambutan yang begitu gemuruh di seluruh tempat. Penonton dan juga peminat melahirkan rasa teruja dan menyukai persembahan yang dibawa oleh SRK di dalam filem ini.

Advertisement

Jawan telah membuka hari pertama dengan jumlah kutipan yang begitu baik dalam semua bahasa, Mari kita lihat anggaran awal Jawan di carta box office.

Seperti yang dinyatakan di atas, Jawan dibuka dengan permulaan yang luar biasa di box office pada hari pertama. Ia mencatatkan nombor rekod yang baik dalam semua bahasa untuk filem Bollywood di India dan filem itu memperolehi sekitar 75 – 95 Crore dan belum dicampur untuk pasaran luar negara.

Secara keseluruhan, filem itu dijangka dibuka dengan 135Cr kasar dan selesa memecahkan rekod SRK Pathaan (105Cr) sebelum ini dengan margin 30Cr.

Jawan yang diarahkan oleh Atlee seorang pengarah yang berasal dari India Selatan yang membuat kemunculan di Industri Bollywood. Jawan sebuah filem aksi yang turut dibantu dengan barisan pelakon hebat seperti SRK, Nayanthara, Vijay Sethupahthi, Priyamani, Sanya Malhotra, dan lain-lain yang turut menonjol dalam filem ini.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here