Selepas sebulan tayangannya, Pathaan lakonan Shah Rukh Khan terus mendominasi carta Box Office, filem itu telah melepasi angka Rs1000 Cr untuk kutipan seluruh dunia. Menurut penjejak industri Sacnilk, koleksi Hindi bagi filem Pathaan bernilai Rs502 Cr yang merupakan kedua tertinggi, tepat dibelakang Baahubali 2 dengan rekod Rs511 Cr untuk bahasa Hindi.
Pathaan telah memecahkan rekod dalam penjalanannya, melepasi Rs500 Cr dalam masa 28 hari, manakala Baahubali 2 mengambil masa 34 hari. Kutipan kasar Pathaan di seluruh dunia kini berjumlah Rs1005, Rs384 Cr datang daripada luar negara. Pathaan telah mencipta sejarah dengan menjadi filem kelima yang berjaya mencapai kutipan melebihi Rs1000 Cr, antara 4 filem teratas adalah RRR Rs1174 Cr, KGF 2 Rs1188 Cr, Baahubali 2 Rs1747 Cr dan Dangal Rs1968 Cr.
Pathaan merupakan keluaran Hindi yang tertinggi di luar negara, Di Amerika Pathaan telah mengaut lebih $16.8 juta (Rs139 Cr), bukan tu sahaja, Pathaan telah mengatasi jumlah beberapa filem Box Office yang tercalon dalam Oscar, seperti TAR, Triangle Of Sadness dan Women Talking yang hanya berjumlah $15.4 juta.
Kejayaan Pathaan telah membawa kelegaan pada industri Bollywood, apabila tahun 2022 menjadi tahun yang mengecewakan, apabila banyak filem yang berbajet besar, gagal teruk di Box Office. Seperti Laal Singh Chaddha, sebelum ini Pathaan turun dilanda kontroversi menjelang hari penayangannya. Lagu “Besharam Rang” mendapat kecaman kerana di dakwa menyakiti sentiment sebahagian penonton. Namun filem itu telah mengharungi dengan pembukaan besar lebih Rs57 Cr, yang mana merupakan rekod tertinggi untuk sebuah filem Bollywood.
Shah Rukh Khan telah membuat kemunculan semula selepas lebih empat tahun menyepi. Kini SRK Mempunyai dua lagi filem untuk tahun 2023, antaranya Jawan arahan Atlee dan Dunki arahan Rajkumar Hirani.
Sumber: Indiaexpress