Home Review Guts (2025): Aksi Dah Mantap, Tapi Kena Sabar Sikit

Guts (2025): Aksi Dah Mantap, Tapi Kena Sabar Sikit

Advertisement

Pernah tak korang tengok filem yang babak aksinya memang padu, tapi korang kena banyak bersabar nak tunggu cerita dia bergerak? Haa, macam tulah lebih kurang pengalaman menonton filem Guts arahan Rangaraj ni. Filem ni cuba gabungkan genre aksi dan drama dalam sebuah penceritaan yang berdurasi lebih kurang dua jam.

Ceritanya bermula dengan satu tragedi. Sepasang suami isteri yang tengah gembira nak sambut kelahiran anak diserang oleh sekumpulan orang misteri. Si suami terbunuh, dan si isteri yang sarat mengandung pun meninggal dunia akibat tekanan yang dialami.

Advertisement

Anak mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibesarkan oleh orang lain. Bila dah dewasa, dia jadi seorang pegawai polis yang hebat. Tapi malang tak berbau, sejarah seolah olah berulang bila isteri dia pula meninggal dunia dalam keadaan yang penuh tanda tanya. Dari situlah dia mula siasat sendiri dan sedikit demi sedikit, dia dapat tahu yang pembunuhan isteri dia mungkin ada kaitan dengan pembunuhan ayahnya dulu.

Apa yang menariknya, pengarah filem ni iaitu Rangaraj sendiri yang pegang dua watak, sebagai ayah dan anak. Lakonan dia boleh tahan, terutamanya dalam babak babak yang perlukan emosi. Babak lawan lawan dan aksi dalam filem ni pun nampak kemas dan tersusun, memang puas hati tengok. Pelakon pembantu yang lain pula sekadar melengkapkan jalan cerita, tak ada yang menonjol sangat tapi cukup untuk hidupkan suasana.

Cuma yang menjadi masalah utama filem ni ialah jalan ceritanya yang bergerak perlahan. Bahagian separuh masa pertama filem ni memang betul betul menguji kesabaran. Ada beberapa bahagian yang suntingannya nampak agak kurang kemas dan membuatkan peralihan antara babak rasa sedikit janggal. Momentum cerita pun kadang kadang jatuh disebabkan ada babak yang sepatutnya boleh dibuat dengan lebih baik.

Jadi berbaloi ke tidak? Kalau korang memang peminat genre aksi yang ada selit drama, Guts ni bolehlah ditonton sekali. Ia bukan filem yang sempurna, tapi usaha pengarah baru dan beberapa elemen menarik dalamnya masih boleh dihargai. Cuma jangan letak harapan terlalu tinggi sebab ada banyak ruang yang boleh diperbaiki lagi.

TONTON STREAM KLIK SINI- https://t.me/tamilsbollybot
LEPAS MASUK KE TELEGRAM MASUKKAN KOD INI /Guts2025tonton

TANDA PALANG YANG NI / JANGAN LUPA COPY SEKALI

TRAILER

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here