Selepas kejayaan Filem Ala Vaikunthapurramuloo yang release pada tahun 2020 dengan mendapat kutipan Box Office, filem terbaru lakonan ‘Icon Style’ Allu Arjun. Pushpa: The Rise telah dilepaskan dalam 5 bahasa dan mencipta kutipan Box Office mengatasi filem Master lakonan Thalapathy Vijay sekaligus menjadi filem yang paling tinggi kutipan di india untuk tahun 2021.
Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Sukumar, kali terakhir kita dapat melihat sentuhan sukumar melalui filem Ranghastalam pada tahun (2018). Pushpa: The Rise turut menampilkan Rashmika Mandanna sebagai heroin dan turut dibantu oleh bintang Malayalam Fahadh Faasil yang menariknya ini debut pertama beliau dalam industri Telugu.
Sinopsis
Pushpa: The Rise mengisahkan seorang pekerja pemotong kayu cendana merah Pushpa Raj (Allu Arjun) seorang yang bijak dan pandai merebut peluang yang ada didepan mata, Disebabkan kebijakan pushpa dalam merebut peluang dia mula menghadapi masalah daripada musuh-musuh yang dengki dan iri hati kepadanya. Pada masa yang sama kerana permintaan yang tinggi terhadap pokok cendana merah pushpa telah terlibat dengan satu sindiket yang membeli kayu cendana dengan harga yang sangat tinggi. Filem ini kita akan dapat melihat bagaimana pushpa yang hanya perkerja biasa (Kuli) yang tiada apa-apa dan bagaimana pushpa bermula dari bawah dan berkembang sehingga menjadi Ketua dan mempunyai pengikut dibawahnya.
Sebelum ini kita sering melihat Allu Arjun tampil bergaya, tapi untuk filem kali ni kita akan disajikan dengan penampilan yang amat berbeza dengan rambut dan baju yang tidak terurus dan style berjalan yang senget menjadi trademark dalam filem ini. Rashmika Mandana yang memegang watak sebagai Srivali juga kelihatan gelap bagi menjayakan watak sebagai gadis kampung yang tinggal di pendalaman hutan.
Walaupun dalam keadaan pendemik Covid-19 yang masih tinggi di india itu tidak menghalang penonton untuk keluar menonton di pawagam. Setakat artikal ini ditulis kutipan angka bagi filem Pushpa: The Rise telah mencecah RS 354 crore dan menjadikan filem yang paling berjaya dari segi kutipan untuk tahun 2021.