Korang peminat filem thriller yang penuh dengan misteri? Genre macam ni memang seronok layan, sebab kita pun akan sama sama berfikir dan cuba selesaikan misteri yang dipaparkan. Kalau korang tengah cari filem baru untuk ditonton, apa kata kali ni kita layan filem filem dari India Selatan yang pasti akan buat korang tak senang duduk.
Jom kita tengok senarai sembilan filem thriller dan misteri pembunuhan yang memang terbaik.
Saaree (2025)
Cerita dia pasal seorang influencer terkenal yang selalu gayakan sari dengan cara yang menarik. Tapi, hidup dia mula jadi seram bila seorang jurugambar jadi obses dengan dia. Lelaki tu nampak macam baik pada mulanya, tapi rupa rupanya dia seorang yang psiko. Apa yang jadi lepas tu memang buat kita rasa geram dan takut. Boleh ditonton di: Prime Video dan YouTube
Hidimbha (2023)
Bayangkan, dalam sebuah bandar besar tiba tiba ramai gadis hilang tanpa jejak. Kes ni jadi lagi pelik bila polis dapat tahu semua mangsa ada satu persamaan. Dua orang pegawai polis ditugaskan untuk siasat kes ni dan mereka akhirnya jumpa satu rahsia besar yang berkaitan dengan ritual purba yang dah lama wujud. Memang seram sejuk bila dapat tahu puncanya. Boleh ditonton di: Disney+ Hotstar, Prime Video dan YouTube
Pencil (2016)
Kali ni kita ke sekolah pulak. Cerita ni pasal seorang pelajar nakal yang suka ugut pelajar dan cikgu lain. Satu hari, dia ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan dalam kelas. Yang peliknya, dia dibunuh guna pensel. Seorang pelajar lain pula dituduh sebagai pembunuh. Mampukah dia bersihkan nama dia? Boleh ditonton di: YouTube
S.I.T (2024)
S.I.T atau Special Investigation Team mengisahkan seorang pegawai polis yang dapat satu kes pembunuhan yang rumit. Mangsa adalah isteri kepada seorang jutawan. Pada luarannya, hidup mangsa nampak sempurna, tapi bila siasatan makin mendalam, makin banyak rahsia gelap yang terbongkar. Boleh ditonton di: Prime Video dan YouTube
Mission 118
Seorang wartawan jenayah asyik dapat mimpi yang sama setiap malam. Dalam mimpi tu, dia nampak seorang perempuan dibunuh dengan kejam. Dia rasa tak sedap hati dan mula siasat, rupa rupanya mimpi tu adalah satu kejadian sebenar. Apa kaitan dia dengan kes tu dan kenapa dia yang dapat mimpi tu? Semua ada kaitan dengan bilik hotel nombor 118. Boleh ditonton di: Disney+ Hotstar dan YouTube
Anaganaga O Athidhi (2020)
Filem ni pulak pasal sebuah keluarga yang sangat miskin. Satu hari, datang seorang pengembara kaya menumpang di rumah mereka. Bila keluarga ni dapat tahu lelaki tu ada banyak duit dan emas, mereka mula merancang sesuatu yang jahat. Filem ni menunjukkan macam mana orang boleh jadi gelap mata sebab duit. Boleh ditonton di: Aha, Prime Video dan YouTube
Jaat (2025)
Kalau korang cari filem yang penuh dengan aksi dan pertarungan, Jaat memang untuk korang. Ia mengisahkan seorang lelaki misteri yang datang ke sebuah pekan yang dikawal oleh sekumpulan samseng. Samseng samseng tu tak tahu yang mereka dah cari pasal dengan orang yang salah. Memang puas hati tengok dia belasah semua orang jahat dalam filem ni. Boleh ditonton di: Netflix
Mangalavaaram (2023)
Dalam sebuah kampung kecil, setiap hari Selasa pasti akan ada kematian yang pelik. Sebelum seseorang tu mati, semua rahsia dan skandal mereka akan ditulis di dinding kampung. Penduduk kampung mula hidup dalam ketakutan. Siapa punya kerja semua ni? Plot twist filem ni memang tak dijangka. Boleh ditonton di: Prime Video dan YouTube
Suzhal: The Vortex (2022)
Yang terakhir ni bukan filem, tapi sebuah siri penyiasatan yang sangat menarik. Kisah bermula bila sebuah kilang terbakar dan dalam masa yang sama, seorang gadis hilang. Polis dan keluarga dia cuba cari jawapan, tapi makin mereka siasat, makin banyak pula rahsia penduduk kampung yang terbongkar. Siri ni ada dua musim dan dua dua memang terbaik. Boleh ditonton di: Amazon Prime Video
Jadi, itulah senarai filem yang korang boleh masukkan dalam watchlist. Selamat menonton!