Home Info Dah Tengok Ke? Ini 5 Filem Thriller Terbaru India Selatan Dengan Rating...

Dah Tengok Ke? Ini 5 Filem Thriller Terbaru India Selatan Dengan Rating Padu Di IMDb

Hello geng kaki wayang! Kalau korang tengah cari filem apa nak ditonton minggu ni, kitorang ada berita baik. Ada banyak filem South baru yang dah keluar, dan rating diaorang kat IMDb pun boleh tahan tinggi.

Daripada filem aksi polis, misteri kuno, sampailah ke filem seram yang buat korang tak senang duduk, semuanya ada. Jom kita tengok senarai 5 filem terbaik yang patut korang masukkan dalam ‘watchlist’ korang.

5. Thanal (IMDb 7.1)

Kita mulakan dengan filem ‘action thriller’ yang berjudul Thanal. Cerita dia fokus pada sekumpulan pegawai polis baru yang baru nak mula kerja. Malam pertama diaorang buat rondaan, terus nasib tak baik bila diaorang terserempak dengan sekumpulan penjahat yang tengah buat satu kerja besar.

Apa jadi bila polis baru ni kantoi dengan penjenayah? Memang kecoh jadinya. Filem ni dibintangi oleh Atharv sebagai seorang konstabel. Walaupun ada selit sikit kisah keluarga dan percintaan, fokus utama filem ni memang pada konflik dan aksi antara polis dan penjenayah.

Platform: Korang boleh tonton filem ini di Prime Video.

4. Tribandhaari Barbarik (IMDb 6.7)

Di tempat keempat, kita ada sebuah filem misteri dari Telugu, Tribandhaari Barbarik. Kisah dia agak menarik, pasal seorang pakar psikiatri yang cucu perempuannya tiba tiba hilang entah ke mana.

Misi dia sekarang adalah untuk cari balik cucu dia. Macam mana dia boleh hilang? Apa sebenarnya yang jadi? Masih hidup atau tak? Yang buat filem ni lagi ‘special’ ialah dia ada campur sikit dengan elemen mitologi dari kisah Mahabharata, jadi jalan cerita dia rasa segar dan lain macam sikit.

Platform: Filem ini juga boleh ditonton di Prime Video.

3. Krishnam Pranaya Sakhi (IMDb 7.4)

Kalau korang cari filem yang ringan sikit, boleh layan filem nombor tiga ni. Ini ialah filem romantik komedi dari industri Kannada. Walaupun jalan cerita dia mungkin nampak klise macam filem ‘rom-com’ lain, tapi lakonan dan watak watak dalam filem ni memang hidup.

Ceritanya pasal seorang lelaki bernama Krishna, yang keluarganya sibuk nak jodohkan dia. Tapi ‘plot twist’ dia, perempuan yang dia sayang tu pulak yang beria tolong dia cari calon isteri. Pelik kan? Kenapa awek dia sendiri sibuk tolong carikan jodoh untuk dia? Dan kenapa si Krishna ni pun ikut je rentak tu? Ha, misteri tu korang kena tonton sendiri.

Platform: Filem ni dah boleh ditonton di Sun NXT atau Youtube

2. Pratinidhi 2 (IMDb 7.7)

Di tempat kedua, kita ada filem sekuel yang ditunggu tunggu selepas 10 tahun, Pratinidhi 2. Filem pertama dia dulu memang ‘best’, dan yang kedua ni pun tak kurang hebatnya. Ini adalah filem ‘political thriller’ yang padu.

Ia mengisahkan seorang wartawan yang sangat jujur dan hanya nak laporkan kebenaran. Tiba tiba, Ketua Menteri negeri tu kena bunuh. Jadi, siapa dalangnya? Kenapa dia dibunuh? Siapa yang terlibat? Dan adakah orang ramai akan tahu kisah sebenar? Filem ni akan buat korang tertanya tanya sampai ke penghujungnya.

Platform: Versi penuh filem ini dengan dub Hindi dah boleh ditonton di YouTube.

1. Kiskindhapuri (IMDb 8.5)

Dan juara kita untuk minggu ini dengan rating 8.5 ialah Kiskindhapuri. Filem ni memang ‘mind bending’ punya ‘suspense thriller’. Bukan setakat ada ‘plot twist’ biasa, tapi memang boleh buat korang tahan nafas.

Kisah dia pasal sekumpulan kawan yang saja nak cari pasal dengan melawat satu stesen radio lama yang terbiar pada waktu malam. Sebaik sahaja diaorang jejak kaki ke dalam bangunan tu, macam macam benda pelik dan menakutkan mula berlaku. Nyawa diaorang semua sekarang dalam bahaya.

Betul ke ada hantu kat situ? Boleh ke diaorang keluar hidup hidup? Kalau korang memang peminat filem seram dan ‘suspense’, filem ni wajib tonton.

Platform: Tonton di ZEE5

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here