Cobra sebuah filem arahan Ajay Gnanamuthu yang dibintangi oleh Chiyaan Vikram sebagai pelakon utama, Filem ini telah berada di bawah produksi untuk masa yang sangat lama. Cobra telah mendapat perhatian penonton dengan poster yang dikeluarkan baru-baru ini yang telah menjanjikan sesuatu kelainan dan lagu-lagu yang unik. Laporan terbaru mengatakan yang Vikram akan membawa 20 watak yang berbeza di dalam filem itu.
Menurut grapevine kesemua 20 watak yang dilakonkan oleh Vikram mempunyai kepentingan yang besar bagi membentuk jalan cerita. Selepas poster pertama dilepaskan mendedahkan bahawa Chiyaan Vikram akan muncul dalam banyak penampilan di dalam filem itu, laporan mengenai 20 watak telah membuatkan penonton benar-benar terkejut. Bagaimanapun, belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan ini.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Cobra yang diarahkan oleh Ajay Gnanamuthu sememangnya filem yang dinantikan oleh penonton, yang mana dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos tahun ini. Cobra akan menandakan kemunculan semula Chiyaan Vikram ke layar perak selepas filem Mahaan. dijangka filem ini akan mendapat sambutan selepas pasukan Cobra mempromosikan filem itu secara besar-besaran.
Cobra, yang akan menampilkan Chiyaan Vikram sebagai seorang ahli matematik yang disebut sebagai sebuah filem thriller sci-fi. Teaser menarik arahan Ajay Gnanamuthu, di mana watak utama yang dimainkan oleh Vikram mengisytiharkan bahawa “setiap masalah mempunyai penyelesaian matematik” telah menjadi tular di media sosial. Daripada teaser itu, terbukti bahawa Cobra akan menjadi pengalaman unik untuk penonton di pawagam Tamil.
AR Rahman telah mencipta lagu dan skor asal untuk Cobra. Pelakon KGF Srinidhi Shetty muncul sebagai pelakon utama wanita bergandingan dengan Chiyaan Vikram dalam filem itu dan turut dibintangi oleh Irfan Pathan, KS Ravikumar, Mohammed Ali Baig, Padmapriya, Kaniha, Robo Shankar, John Vijay, Mamukkoya, Miya George, Roshan Mathew, Sarjano Khalid sebagai peranan sokongan. Cobra diterbitkan oleh Lalit Kumar, di bawah sepanduk Seven Screen Studio.