Kartik Aaryan nampaknya boleh tidur lena kerana filemnya Bhool Bhulaiyaa 2 terus mencipta rekod demi rekod di carta Box Office dan juga Carta OTT, Mengalahkan semua persaingan dari minggu ke minggu dan telah berjaya mengaut kutipan lebih 200 Crores di seluruh dunia buat kali pertama dalam satu tahun.
Dengan kutipan 218 Crore secara kasar di pasaran India dan 42 Crore di pasaran luar negara, Bhool Bhulaiyaa 2 telah berjaya mengumpul keseluruhan 260 Crore di box office seluruh dunia.

Kutipan Box Office Bhool Bhulaiyaa 2:
India Nett: 183.24 Crore
India Gross: 218.14 Crore
Overseas Gross: 42.61 Crore
Worldwide Gross: 260.75 Crore.
Dengan kejayaan besar di dalam filem Bhool Bhulaiyaa 2, Kartik Aaryan akan mempunyai beberapa filem yang akan dibintanginya seperti Shehzada, Captain India, Freddy dan satu filem yang belum lagi ada tajuk yang akan diarahkan oleh Sajid Nadiadwala untuk filem akan datangnya.











