Home News Anushka Shetty Dikecam, Dengan Penampailan Terbarunya Yang Gempal.

Anushka Shetty Dikecam, Dengan Penampailan Terbarunya Yang Gempal.

Advertisement

Anushka Shetty, yang lebih dikenali sebagai Lady superstar di pawagam Telugu, membuat penampilannya selepas sekian lama menyepi, dimana dia telah menghadiri acara Maha Shivaratri. Baru-baru ini, dia dilihat meraikan Maha Shivaratri bersama keluarga dan beberapa gambarnya telah menjadi bualan di media sosial.

Ketika gambar terbarunya itu tular, dia telah dikecam dengan teruk, pelakon itu dikatakan sudah gemok dan malu untuk penampilan terkini. Memang tak dinafikan Anushka kini kelihatan agak gempal, walaupun ada yang mengejek tentang berat badannya, ramai juga yang terpesona dengan penampilan ringkasnya itu.

Advertisement

Dalam gambar dan video tersebut, Anushka Shetty dilihat memakai sut salwar putih, dengan beberapa barang kemas. Seorang peminat menulis, “Sangat menyedihkan, tolong menjadi kurus, kami mahu melihat lebih banyak filem anda”. Seorang lagi peminat menulis, “ Dia seorang pengajar yoga, jangan ajarnya tentang kecergasan dan kesihatan, apabila anda tidak mempunyai 1% pengetahuan tentang tubuh wanita”.

https://twitter.com/kritifeed/status/1626918039374688257?s=46&t=zsRH7-kcdqRRLxvwNVPRxQ
https://twitter.com/anushkashetty44/status/1627551768086446080?s=20

Pada Disember lepas, pelakon Baahubali itu dikesan berada di kampung halamannya, Mangaluru. Semasa berada disana, dia menghadiri persembahan Bhoota Kola, merupakan satu bentuk seni keagamaan kuno yang baru-baru ini ditunjukkan dalam filem Kantara karya Rishab Shetty. Videonya sedang menikmati perayaan itu telah tular di media sosial.

Untuk kerjaya, Anushka Shetty akan dilihat di pawagam selepas hampir empat tahun menyepi. Filem yang diberi tajuk sementara Anushka 48 akan diarahkan olen P Mahesh Babu, dan dibintangi olej Naveen Polishetty sebagai watak utama.

Anushka dikhabarkan akan membawa watak seorang chef, yang mana filem ini dikatakan sebagai kisah dua orang yang saling bertentangan yang jatuh cinta antara satu sama lain, filem komedi romantik ini diterbitkan oleh UV Creations dan poster pertama yang dikeluarkan menunjukkan Anushka Shetty memakai kot chef.

Sumber: Pinkvilla

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here