Home News Adakah Filem 2018 Akan Kembali Dalam Perlumbaan Oscar?

Adakah Filem 2018 Akan Kembali Dalam Perlumbaan Oscar?

Advertisement

Filem drama survival Malayalam 2018, yang diarah oleh Jude Anthany Joseph merupakan penyertaan rasmi India untuk Anugerah Akademi ke-96 di bawah kategori filem Cereka Asing Terbaik. Namun begitu, semua orang kecewa, pada 22 Disember 2023, filem itu gagal untuk menyenarai pendek dalam kategori tersebut.

Namun begitu, nampaknya masih harapan sekali lagi, dalam kemaskini ia telah dilaporkan oleh Manorama Online bahawa filem itu adalah salah satu daripada 265 filem dari seluruh dunia yang bersaing dalam kategori Gambar Terbaik, dan kategori umum lain.

Advertisement

Namum 2018 bukan satu-satunya filem India yang telah disenarai pendek. Drama biografi Vidhu Vinod Chopra 12th Fail juga telah disenarai pendek di bawah kategori yang sama. Difahamkan, filem-filem tersebut layak untuk kategori tersebut kerana ia ditayangkan di beberapa pawagam di seluruh Amerika Syarikat, yang kebetulan menjadi salah satu kriteria.

Senarai akhir pencalonan untuk Anugerah Akademi akan dikeluarkan pada 23 Januari. Menurut laporan, 10 filem teratas, daripada 265, akan menjadi pencalonan terakhir. Kali terakhir filem India dicalonkan dalam mana-mana kategori Oscar adalah pada 2001 dengan pelakon Aamri Khan, Lagaan.

Bagi mereka yang tidak tahu, 2018 adalah kisah benar berdasarkan banjir Kerala 2018, yang dianggap sebagai banjir terburuk yang pernah dialami oleh negeri ini dalam lebih satu abad. Filem ini mendapat inspirasi daripada kisah kehidupan sebenar yang dibawa bersama oleh bencana alam. Filem ini menampilkan barisan pelakon termasuk Tovino Thomas , Aparna Balamurali, Asif Ali, Kunchacko Boban , Vineeth Sreenivasan, Narain, dan ramai lagi.

2018 akan menjadi filem keempat dari Malayalam yang dipilih sebagai penyertaan Rasmi India ke Oscar di bawah kategori Filem Cereka Asing Terbaik.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here