Home Review Mirai (2025) Bila Legenda Purba & Kuasa Superhero Bergabung, Memang Padu!

Mirai (2025) Bila Legenda Purba & Kuasa Superhero Bergabung, Memang Padu!

Advertisement

Pernah terfikir tak apa jadi kalau rahsia untuk hidup selamanya jatuh ke tangan orang yang salah? Haa, inilah persoalan besar yang cuba dijawab dalam filem terbaru, Mirai. Filem ni bukan calang calang, ia gabungkan kisah epik dari zaman Maharaja Ashoka dengan elemen adiwira moden yang memang ngam.

Ceritanya bermula bila Maharaja Ashoka, selepas insaf dengan pertumpahan darah dalam perang Kalinga, memutuskan untuk sembunyikan rahsia keabadian dalam sembilan buah buku suci. Setiap buku dijaga oleh seorang penjaga yang setia turun temurun. Watak utama kita, Vedha (lakonan mantap Teja Sajja), adalah pewaris yang ditakdirkan untuk menjaga buku kesembilan. Dia kena bangkitkan kuasa dalam dirinya dan terima takdir sebagai pelindung rahsia agung ni.

Advertisement

Teja Sajja, yang sebelum ni kita kenal dalam filem Hanu-Man, sekali lagi membuktikan dia memang boleh bawa watak hero macam ni. Nampak meyakinkan sebagai seorang lelaki yang memikul tanggungjawab besar. Tapi yang betul betul mencuri tumpuan adalah watak penjahatnya, Mahabir Lama yang dimainkan oleh Manchu Manoj. Watak dia bukan sekadar jahat semata mata. Kita dapat lihat macam mana diskriminasi dan cemuhan masyarakat membentuk dia menjadi seorang yang penuh dendam. Sampai kita sendiri tertanya tanya, dia ni jahat betul ke atau cuma mangsa keadaan?

Dari segi visual pula, filem ni memang tak boleh bawak bincang! Pengarahnya, Karthik Gattamneni yang juga seorang sinematografer memang tunjuk skil dia habis habisan. Ada dua babak yang memang melekat di kepala, iaitu babak burung Sampati dan adegan pertarungan atas kereta api yang penuh debaran. Memang nampak gah dan buat kita rasa macam masuk dalam dunia mitos tu.

Pelakon pembantu macam Jagapathi Babu, Jayaram dan Shriya Saran pun berjaya bagi impak yang mendalam pada perjalanan Vedha. Muzik latar oleh Gowra Hari pula memang kena dengan mood epik filem ni, rasa bersemangat je bila dengar.

Memang, ada beberapa babak komedi yang rasa macam sedikit memperlahankan jalan cerita. Dan mungkin ada yang dah boleh agak apa akan jadi di penghujung cerita. Tapi semua tu cuma hal kecil yang senang kita lupakan bila tengok kualiti filem ni secara keseluruhan. Kekuatan visual, penceritaan berakar umbi mitologi, dan lakonan yang mantap menjadikan Mirai sebuah filem yang sangat berbaloi untuk ditonton.

Kalau anda peminat filem superhero yang ada sentuhan kisah lagenda dan fantasi, percayalah, anda takkan menyesal tonton Mirai. Ia sebuah pengalaman sinematik yang memukau dan penuh aksi.

TONTON STREAM KLIK SINI- https://t.me/tamilsbollybot
LEPAS MASUK KE TELEGRAM MASUKKAN KOD INI /Mirai2025TontonNow

TANDA PALANG YANG NI / JANGAN LUPA COPY SEKALI

TRAILER

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here