Home News Terbang Kelas Ekonomi, Kerendahan Hati Rajinikanth Curi Tumpuan Peminat

Terbang Kelas Ekonomi, Kerendahan Hati Rajinikanth Curi Tumpuan Peminat

Advertisement

Walaupun bergelar Superstar dengan jutaan peminat di seluruh dunia, pelakon lagenda Rajinikanth sekali lagi membuktikan mengapa beliau amat disayangi. Sikapnya yang sentiasa merendah diri dan mesra melayan peminat terserlah sekali lagi, kali ini bukan di acara karpet merah, tetapi di dalam sebuah pesawat komersial.

Baru baru ini, ketika dalam penerbangan kelas ekonomi bersama anak perempuannya, Aishwaryaa, satu momen istimewa telah berlaku yang mencuri tumpuan ramai. Suasana dalam pesawat tiba tiba gamat apabila seorang peminat dari bahagian belakang tempat duduk melaungkan, “Thalaiva…face pakanum” yang bermaksud “Thalaiva…saya nak lihat wajahmu”.

Advertisement

Mendengar sahaja laungan itu, Rajinikanth tidak teragak agak. Tanpa berfikir panjang, pelakon berusia 74 tahun itu terus bangun dari tempat duduknya, berpusing ke belakang, dan melemparkan senyuman sambil menyapa semua penumpang. Tindakannya yang spontan itu serta merta mengubah suasana penerbangan biasa menjadi sebuah sesi bertemu peminat yang cukup meriah, dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada penumpang lain yang teruja dapat melihat idola mereka secara dekat.

Nantikan Kemunculan Coolie Tidak Lama Lagi

Sementara itu, peminat tidak perlu menunggu lama untuk melihat aksi terbaharu Rajinikanth di layar perak. Selepas filem drama aksi Vettaiyan pada tahun 2024, beliau bakal muncul dengan filem yang sangat dinanti nantikan, Coolie. Diarahkan oleh Lokesh Kanagaraj, filem ini merupakan sebuah filem aksi thriller yang menampilkan Rajinikanth sebagai Deva, seorang bekas buruh harian yang mempunyai masa silam yang gelap.

Jalan ceritanya mengisahkan Deva yang telah menyembunyikan dirinya selama hampir 30 tahun, namun terpaksa kembali ke dunia lamanya selepas sahabat karibnya, Rajasekhar, ditimpa masalah besar. Kisah perjuangannya membantu rakannya dan menentang musuh musuh lama menjadi teras utama filem ini.

Filem ini bukan sahaja menampilkan Rajinikanth, malah dibintangi oleh barisan pelakon hebat dari pelbagai industri. Aktor terkenal Nagarjuna Akkineni bakal memegang watak antagonis buat pertama kalinya, manakala Upendra Rao muncul dalam peranan penting. Lebih menarik lagi, superstar Bollywood Aamir Khan turut membuat penampilan kameo khas. Turut memeriahkan filem ini ialah Shruti Haasan, Sathyaraj, Soubin Shahir, Reba Monica John, Charle, dan ramai lagi. Pooja Hegde juga tampil dalam sebuah lagu tarian berjudul Monica.

Dengan runut bunyi yang digubah oleh Anirudh Ravichander, semua lagu dari filem ini sudah pun dilancarkan selepas acara pra pelancaran Coolie Unleashed baru baru ini.

Filem Coolie dijadualkan untuk menemui penonton pada 14 Ogos 2025, yang mana kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Menariknya, ia bakal bersaing sengit di pawagam dengan filem aksi gergasi, War 2, yang dibintangi oleh Hrithik Roshan dan Jr NTR.

Selepas Coolie, Jailer 2 Pula Menanti

Menurut laporan, Rajinikanth kini sedang terlibat dalam penggambaran untuk sekuel filem pecah panggungnya, Jailer 2. Diarahkan sekali lagi oleh Nelson Dilipkumar, beliau akan kembali membawa watak ikonik sebagai ‘Tiger’ Muthuvel Pandian.

Mohanlal dan Shiva Rajkumar dijangka akan kembali melakonkan watak mereka dari filem pertama, manakala bintang ternama Nandamuri Balakrishna juga dilaporkan akan membuat penampilan kameo lanjutan dalam filem ini, menambahkan lagi keterujaan peminat.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here