Filem seram sejarah Tamil, Aghathiyaa, yang dibintangi oleh Jiiva, Arjun Sarja, dan Raashii Khanna, akhirnya menemui peminat di platform OTT! Selepas tayangan pawagam pada 28 Februari 2025, filem ini mendapat reaksi bercampur baur ada yang memuji elemen seramnya, namun ada juga yang mengkritik jalan ceritanya yang seakan kehilangan arah di pertengahan. Kini, Aghathiyaa diberi peluang kedua dengan tayangan dalam talian.
Bila & Di Mana Boleh Menonton Aghathiyaa?
Bagi peminat filem seram yang terlepas tayangan di pawagam atau ingin menontonnya sekali lagi, Aghathiyaa akan mula ditayangkan secara eksklusif di platform OTT, SUN NXT, bermula 28 Mac 2025. Pengumuman rasmi telah dibuat melalui akaun X rasmi platform tersebut, dengan kapsyen penuh tanda tanya dan debaran:
“Malaikat dan syaitan sedang dalam perjalanan menemui anda semua! Aghathiyaa bakal ditayangkan di Sun NXT pada 28 Mac!”
Jadi, bersiap sedialah untuk menyaksikan kisah mendebarkan ini dari keselesaan rumah anda!
An angel and a devil are on their way to meet you all this March 28th! 🔥❄️
— SUN NXT (@sunnxt) March 24, 2025
Aghathiyaa streaming from 28th march on Sun NXT
[Aghathiyaa On Sun NXT, Jiiva, Arjun Sarja, Raashii Khanna, Edward Sonnenblick, Matylda, Radha Ravi, Yogi Babu, Rohini, Poornima Bhagyaraj, Abhirami,… pic.twitter.com/uvAV52vT14
Kisah Seram di Sebalik Aghathiyaa
Filem ini mengisahkan seorang pengarah seni muda bersama tunangnya yang mengunjungi sebuah rumah agam lama dengan harapan mengubahnya menjadi tarikan pelancong. Namun, tanpa disangka, langkah mereka membuka pintu kepada misteri gelap yang tersembunyi sejak era 1940-an.
Pada mulanya, pasangan ini melihat rumah agam itu sebagai peluang keemasan untuk menjadikannya aset bernilai, tetapi segala-galanya berubah apabila mereka menemui kebenaran mengerikan yang tidak pernah disangka. Keadaan bertambah buruk apabila mereka menyedari bahawa penghuni lama rumah itu seorang individu yang memiliki kuasa luar biasa masih ‘berada’ di sana, menanti masa untuk menunjukkan kekuatannya yang tidak pernah pudar walaupun telah berlalu beberapa dekad.
Apakah nasib mereka? Mampukah mereka keluar dengan selamat atau bakal menjadi ‘tahanan’ kepada entiti misteri yang menghantui tempat itu?
Pelakon & Pasukan Produksi
Filem Aghathiyaa menampilkan barisan pelakon hebat seperti:
- Jiiva
- Arjun Sarja
- Raashii Khanna
- Edward Sonnenblick
- Radha Ravi
- Yogi Babu
- Rohini
- Abhirami
Filem ini diarahkan dan ditulis oleh Pa Vijay, diterbitkan oleh Ishari K. Ganesh, manakala muziknya yang menghidupkan suasana seram dicipta oleh Yuvan Shankar Raja.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton Aghathiyaa di SUN NXT pada 28 Mac dan bersedia untuk menyelami dunia seram penuh misteri yang bakal membuat anda tidak senang duduk!
Trailer