Home News Tempatan Penyayi Nasyid Hidap Kanser Pangkal Hidung, Manakala Isteri Mengidap Kanser Payudara.

Penyayi Nasyid Hidap Kanser Pangkal Hidung, Manakala Isteri Mengidap Kanser Payudara.

Advertisement

Pasangan penyanyi nasyid, Zek Ayry Khan dan isterinya, Noor Diana Hashim, sedang berhadapan dengan dugaan yang amat berat. Zek, 45 tahun, anggota kumpulan nasyid Iman Heart, didiagnos kanser pangkal hidung tahap empat pada awal April 2024. Sementara itu, isterinya, Noor Diana, 45 tahun, disahkan menghidap kanser payudara tahap dua tiga tahun sebelumnya.

Zek, yang sebelum ini mengalami masalah ‘slipped disc’, mendapati sakit tulang belakangnya berpunca daripada sel kanser yang merebak. Dia menjalani rawatan radioterapi lebih 10 kali bermula minggu lalu. Kini, dia tidak dapat berjalan mahupun berdiri dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda.

Advertisement

Noor Diana, pula, baru menjalani pembedahan pembuangan ketumbuhan dua minggu lalu selepas menjalani rawatan kemoterapi bermula Disember 2021 hingga April tahun lalu.  Namun, dia terpaksa menangguh rawatan radioterapi demi mencari rezeki di bazar Ramadan bagi meringankan beban keluarga.

Keluarga ini juga hilang punca pendapatan apabila Zek tidak dapat bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan tak menentu Noor Diana serta bantuan dua anak lelaki yang bekerja biasa. Noor Diana kini menjalankan perniagaan biskut raya di gerai Diana’s Cookiss and Cakes, Bazar Ramadan Angsana Mall Johor Bahru.

Pasangan ini menerima kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad di kediamannya di Taman Impian Emas, Johor Bahru.

Walaupun berhadapan dengan dugaan yang berat, Zek dan Noor Diana tetap kuat semangat dan terus melawan penyakit ini bersama-sama. Mereka berharap dapat mendapatkan bantuan perubatan dan sara hidup dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) demi meneruskan kehidupan.

sumber: Pelbagai

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here