Home Info Anda Pengemar Filem Horror South India? Kami Syorkan 9 Filem South India...

Anda Pengemar Filem Horror South India? Kami Syorkan 9 Filem South India yang Syok untuk ditonton – TamilsBolly

Advertisement

Kepada pengemar Filem Horror, dibawah ini kami syorkan 9 filem horror south India yang harus ditonton.

1) Aval (2017)

Advertisement
photo by imdb

Sinopsis

Mengisahkan Krish (Siddharth) seorang pakar bedah yang berjaya, dia hidup bahagia dengan isterinya Lakshmi (Andrea Jeremiah) di bawah pergunungan di Rosina Valley. Kehidupan bahagia mereka mula terggangu apabila kehadiran jiran baru yang berpindah di sebelah rumah mereka. Seorang ibu dan anaknya yang bernama Jenny (Anisha Angelina Victor). Jenny seorang remaja yang bermasalah yang tinggal bersama dengan ibu tirinya, satu malam Krish melihat Jenny melompat ke dalam perigi dan menyelamatnya. Jenny memberitahu ada suara yang menyuruh dia keluar daripada rumah itu.

2) Ezra (2017)

photo by imdb

Sinopsis

EZRA dirilis pada tahun 2017 yang mengisahkan tentang pengantin baru Priya Raghuram (Priya Anand) dan Ranjan Mathew (Prithviraj Sukumaran), dimana perkahwinan mereka berlandaskan cinta. Priya membawa sebuah kotak barangan antik kerumah mereka. Kotak tersebut dijual kepada Priya oleh seorang toko barang antik, dimana kotak itu sebenarnya barang curian yang dicuri daripada rumah Yahudi Malabar. Seorang pendeta yang bernama David Benyamin (Babu Antony) menceritakan bahawa kotak tersebut adalah Dybbuk. Di dalam kotak tersebut mengandungi hantu yang bernama Abraham Ezra. Keesokkan harinya, pendeta tersebut ditemui meninggal dunia dan Priya sedang hamil tetapi bayi didalam kandungan telah dikuasai oleh Abraham Ezra. Ranjan mula mencari jawapan disebalik kemisterian kotak tersebut dan bermulalah kisah mistik didalam perkahwinan mereka apabila mereka memilih untuk merungkai segalanya.

3) Maya (2015)

photo by imdb

Sinopsis

Mengisahkan Vasanth (Aari Arujunan) seorang artis yang sedang membuat cerita tentang ‘Mayavanam’ sebuah hutan berhantu. Vasanth kemudian pergi berjumpa dengan bosnya iaitu Ram (Amzath Khan) dan Madhan (Uday Mahesh). Ram memberitahu Vasanth tentang sebuah buku Asylum by kate, yang memperincikan kehidupan pesakit mental yang dipaksa masuk ke rumah suaka dan diuji. Madhan kemudiannya menceritakan kisah seorang banduan yang bernama Maya Matthews (Nayanthara). yang dibawa ke rumah suaka selepas membunuh suaminya dan terpaksa menyerahkan anak perempuannya yang baru lahir kepada pihak berkuasa di rumah suaka tersebut, Maya dipercayai mati dan mayatnya ditanam di kawasan suaka (Mayavanam), di mana dipercayai roh pendendamnya kini berkeliaran di kawasan itu.

4) Pisaasu (2014)

photo by imdb

Sinopsis

Seorang wanita cedera parah dalam satu kemalangan dan dibawa ke hospital oleh seorang pemuda bernama Naga (Siddharth Soundaarajan) yang berhenti di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, wanita itu menghembus nafas terakhir di hospital sambil memegang tangan Naga. Sejak dari kejadian itu Naga merasa ada sesuatu yang menganggu rumahnya dan Naga merasakan roh itu adalah wanita yang dia tolong itu.

5) Aranmanai (2014)

photo by imdb

Sinopsis

Sebuah keluarga yang besar pulang ke kampung untuk menjual harta puaka iaitu sebuah Istana. ketika mereka sedang membersihkan istana tersebut bermacam-macam perkara aneh telah berlaku.

6) Airaa (2019)

photo by imdb

Sinopsis

Filem ini mengisahkan Yamuna (Nayanthara) seorang wantawan yang mengelak untuk berkahwin dan melarikan diri dari rumah untuk bertemu neneknya Parvathy (Kulappulli Leela), dia mula berdepan beberapa insiden misteri dan neneknya juga secara tiba-tiba jatuh sakit. Mereka kemudian mendapat tahu segala yang berlaku ada kaitan dengan roh seorang gadis yang sudah mati yang ingin membalas dendam.

7) Nagesh Thiraiyarangam (2018)

photo by imdb

Sinopsis

Nagesh (Aari) seorang lelaki dari keluarga pertengahan yang perlu menyara ibu dan kakaknya. Nagesh memerlukan wang untuk berkahwin, kakak dan ibunya menyuruhnya untuk menjual harta pusaka mereka, sebuah panggung lama yang telah didaftarkan atas nama ayahnya. Nagesh memutuskan untuk tinggal di panggung lama itu sehingga perjanjian ditetapkan, walaupun rakan bapanya memberitahunya tentang tempat itu dihantui oleh roh.

8) Eeram (2009)

photo by imdb

Sinopsis

Mengisahkan Vasudevan (Aadhi) yang menyiasat kes kematian bekas kekasihnya Ramya yang dipercayai mati disebabkan bunuh diri. Vasudevan yakin yang Ramya mati bukan disebabkan itu, dan dia mulai megesyaki jiran dan juga Suaminya Ramya.

9) Iruttu (2019)

Photo by imdb

Sinopsis

Iruttu mengisahkan di sebuah bandar, tepat pukul 12 tengah hari bandar itu akan bertukar menjadi gelap seperti malam dalam beberapa minit, Fenomena aneh ini pada mulanya hanya menimbulkan tanda tanya tapi lama kelamaan menjadi perkara yang ditakuti apabila ada beberapa orang yang akan mati dibunuh dengan dasyat ketika fenomena itu berlaku. Tak cukup dengan pembunuhan ngeri itu, inspektor yang menyiasat kes ini juga ditemui mati bunuh diri. Chezhiyan yang telah ditugaskan sebagai pegawai polis baru di bandar berkenaan, dapatkah Chezhiyan merungkai misteri yang berlaku di bandar tersebut?

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here