Home News Lal Salaam, Mengumumkan Tarikh Baru, Selepas Menarik Diri Daripada Tayangan Hari Pongal.

Lal Salaam, Mengumumkan Tarikh Baru, Selepas Menarik Diri Daripada Tayangan Hari Pongal.

Advertisement

Lal Salaam, dibintangi Vishnu Vishal dan Vikranth dalam watak utama, akhirnya bersedia untuk masuk ke pawagam pada tarikh baharu selepas menarik diri daripada tayangan sempena hari Pongal.

Lal Salaam akan menampilkan Superstar Rajinikanth dalam watak kameo, kini dijangka akan ditayangkan pada tarikh baharu iaitu pada 9 Februari 2024. Ia diumumkan oleh penerbitnya sendiri di media sosial mereka, dengan kepsyen Masanya telah tiba untuk perayaan kami)! LAL SALAAM muncul di skrin besar pada 9 Februari 2024! Simpan tarikhnya!”

Advertisement

Filem itu pada mulanya dirancang untuk ditayangkan pada hari Pongal tahun ini. Ia dijangka bertembung dengan tayangan besar seperti Kapten Miller dan Ayalaan.

Kemudian penerbit memutuskan untuk menanguhkan tayangan ke tarikh yang lain selepas memperoleh hak pengedaran untuk filem itu di luar negara.

Filem ini juga mempunyai barisan pelakon seperti Vignesh, Livingston, Senthil, Jeevitha, KS Ravikumar, Thambi Ramaiah, dan ramai lagi dalam peranan penting.

Mengenai Lal Salaam:
Filem arahan Aishwarya Rajinikanth ini dikatakan sebuah filem drama sukan yang membawakan Vishnu Vishal dan Vikranth dalam watak utama. Filem ini akan menampilkan Rajinikanth sebagai kameo.

Selain itu, filem itu, menandakan kembalinya Aishwarya ke kerusi pengarah selepas filem sebelumnya 3 (2011) yang dibintangi oleh Dhanush dan Shruti Haasan.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here