Single pertama daripada Thalapathy Vijay dan Leo Lokesh, berjudul Naa Randy telah mencipta ribut di internet selepas lagu itu dikeluarkan beberapa bulan yang lalu. Muzik dirubah oleh Anirudh dan vokal dari Vijay menciptakan satu tarian yang bertenaga.
Sebelum ini lagu itu telah memdapat respon yang negatif, apabila isu kandungan rokok dibangkitkan, laporan terbaru yang diterima lagu itu telah ditapis semula.
Video lirik yang telah menghasilkan jumlah tontonan yang besar di youtube dan hampir setiap hari jumlah tontonan semakin meningkat. Walaupun kebanyakan yang datang untuk menikmati lagu itu tetapi beberapa penonton kelihatan kecewa dengan lagu tersebut.
Ini kerana Vijay dilihat merokok hampir sepanjang lagu tersebut. Perkara ini tidak diterima dengan baik oleh sesetengah penonton, malah aduan telah dibuat terhadap lagu itu.
Akhirnya lagu Naa Ready telah ditapis dengan rating UA, dan lebih 30 saat lirik telah diubah. Selain itu, beberapa gambar Thalapathy Vijay merokok dalam lagu itu juga telah diganti.