Pengenalan:
Kalaga Thalaivan ialah sebuah filem thriller aksi yang ditulis dan diarahkan oleh Magizh Thirumeni dan diterbitkan oleh Red Giant Movies. Filem ini dibintangi oleh Udhayanidhi Stalin, Arav, Nidhhi Agerwal dan Kalaiyarasan dalam watak utama.
Plot:
Thiru yang bekerja di sebuah perusahaan kenderaan berat, iaitu Vahjra Motors di Chennai. Syarikat itu melancarkan salah satu trak pembatuan yang paling tinggi di dunia, disebabkan itu saham syarikat melonjak tinggi, dan syarikat menerima keuntungan dalam pasaran saham.
Bagaimanapun pengerusi syarikat itu, Tiwari, yang berada di Mumbai, mengetahui bahawa kenderaan itu mengeluarkan jumlah bahan pencemar yang tinggi dan Tiwari memutuskan untuk merahsiakannya, tanpa disedari oleh 18 ahli lembaga pengarah dan 20,000 pekerja.
Namun satu hari kebenaran tentang perkara ini telah dibocorkan, yang telah menimbulkan kemarahan Tiwari dan telah mengejutkan seluruh syarikat. Tiwari telah mengupah Arjun, seorang penyiasat persendirian dan juga seorang pembunuh upahan, yang juga bekas tentera.
Arjun menyiasat secara ganas dan mencungkil rangkaian pekerja yang menentang syarikat itu. Arjun mengesyaki Thiru sebagai pemberi maklumat. Selebihnya filem ini berkisar tentang pengejaran antara Thiru dan Arjun, dengan Thiru cuba menlindungi pemberi maklumat yang sebenar.