Home Other Review Sinopsis Movie: Unlocked (2023)

Sinopsis Movie: Unlocked (2023)

Advertisement

Pengenalan:
Unlocked ialah sebuah filem thrillerkorea selatan yang diarahkan oleh Kim Tae Joon dalam debut pertamanya dalam dunia pengarahan, dibintangi oleh Chun Woo Hee, Im Si Wan dan Kim Hee Woo sebagai watak utama.

Plot:
Lee Na Mi (Chun Woo Hee) seorang gadis biasa yang bekerja di sebuah syarikat, yang bekerja keras setiap hari dan membuat part time sambilan di cafe milik ayahnya.

Advertisement

Satu hari Na mi kehilangan handphonenya di dalam bas, ia diambil oleh seorang lelaki. Kemudian Na Mi membuat panggilan mengunakan handphone milik kawannya, Oh Jun Yeong (Si Wan) menggunakan aplikasi suara palsu untuk bercakap, supaya suara aslinya tidak dikenali. Dia mengarahkan Na Mi untuk mengambil telefonnya disebuah kedai baiki handphone, tetapi dia telah memasang alat pengintip di dalamnya.

Na Mi mengikut arahannya tanpa mengesyaki apa-apa. Semua pembualan dan mesej telah dipantau oleh Jun Yeong, secara perlahan-lahan Jun Yeong mula masuk ke dalam kehidupan peribadi Na Mi. Ayah Na Mi mula berasa curiga terhadap Jun Yeong, tapi Na Mi merasakan dia dan Jun Yeong mempunyai banyak persamaan.

Sementara itu detektif Woo Ji Man (Kim Hee Won) ayah kepada Jun yeong, sedang menyiasat kes pembunuhan yang melibatkan mayat yang ditemui di gunung terpencil dan beberapa mayat lagi, yang mana dia mengesyaki seseorang terlibat dalam pembunuhan kejam ini.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here