Pengenalan:
Bairagee sebuah filem aksi thriller dari Kannada yang diarahkan oleh Vijay Milton dan diterbitkan oleh Krishna Sarthak. Filem ini dibintangi oleh Shiva Rajkumar, Anjali, Dhananjay dan Pruthvi Ambaar.
Plot:
Shivappa dan bapa saudaranya merupakan artis Hulivesha yang membuat persembahan di majlis. Satu hari Shivappa terlibat dengan pengaduhan, kerana seseorang mencederakan bapa saudaranya. Kemudian dia dipenjarakan, semasa menjalani hukuman penjara, bapa saudaranya meninggal dunia.
Selepas dibebaskan dari penjara, Inspektor Prakash mengajarnya untuk mengawal kemarahan dan memberi dia perkerjaan. Kemudian Shivappa berkawan dengan Vaataapi dan Karna seorang bekas tinju dan ketua kampung. Shivappa berkenalan dengan seorang guru yang membawa diri ke bandar disebabkan masalah keluarga.
Satu hari Karna menjemput seorang MLA untuk perasmian, malangnya MLA cuba mencabul seorang kanak-kanak bernama Keerti, Karna cuba campur tangan, tetapi dia menyedari, mungkin kerjaya politiknya akan terancam, kemudian dia membuat keputusan untuk berdiam diri.
Kerana tertekan keerti membunuh diri, Shivappa yang mengetahui perkara ini, bergaduh dengan Karna dan mengingatkan bahawa tugas seorang lelaki melindungi wanita. Karna merasa bersalah, dapatkah Shivappa membela nasib Keerti dan membawa MLA ke muka pengadilan.