Pengenalan:
Aadai sebuah filem thriller berbahasa Tamil, yang diarahkan oleh Rathna Kumar. Amala Paul membintangi watak utama dalam filem ini.
Plot:
Kamini seorang anchorwomen yang sangat spontan dan berani, tinggal bersama ibunya selepas kematian bapanya ketika masih kecil. Disebabkan nilai konservatif ibunya, Kamini dan ibunya sering berselisih pendapat mengenai sikapnya.
Kamini dan kawannya Jennifer terkenal dengan satu saluran yang digelar #tag. Sejak 3 tahun lalu, mereka telah melakukan prank yang sangat serius, seperti cubaan membunuh dan kecemasan perubatan, yang mana telah menjadi tular di media sosial.
Ibu Kamini telah mencabarnya untuk menjadi pembaca berita yang serius walaupun hanya sekali, tetapi Kamini menolak. Kebetulan hari lahir Kamini sama dengan hari terakhir mereka di tempat kerja yang lama, sebelum mereka berpindah keluar ke bangunan baru.
Pada belah malam selepas habis tugasan, mereka menyambut hari jadi Kamini di bangunan itu, Namun Kamini dan Jennifer bertengkar lalu Jennifer mencabarnya untuk membaca berita dalam keadaan bogel. Keesokkan harinya Kamini bangun dan mendapati dirinya masih berada di dalam bangunan itu tanpa pakaian dibadannya.
Ketika Kamini berfikir untuk keluar daripada bangunan itu dan meminta bantuan, telefonnya pula kehabisan bateri dan Kamini juga telah bertindak memukul seorang penghantar makanan untuk mengambil pakaian, namun gagal. Kini Kamini terpaksa tinggal dalam bangunan itu dan perlu memikirkan cara untuk keluar dari situ.
Rating: 3/5