Home Info 7 Filem Seram Menarik di Netflix Untuk Ditonton Bersama Keluarga – Dari...

7 Filem Seram Menarik di Netflix Untuk Ditonton Bersama Keluarga – Dari Kutukan Purba Hingga Hantu Penunggu Alam.

Advertisement

Adakah anda sedang mencari sesuatu yang menyeramkan tetapi tetap menghiburkan untuk ditonton hujung minggu ini? Jika ya, Netflix kini menyajikan pelbagai filem seram menarik yang bukan sahaja mendebarkan tetapi juga sarat dengan emosi dan kisah yang menyayat hati. Filem-filem ini sesuai untuk ditonton bersama keluarga dan orang tersayang, bersiaplah untuk ketawa, terkejut, terharu, dan mungkin menjerit sedikit!

Berikut adalah tujuh filem seram yang wajib anda tonton di Netflix minggu ini:

Advertisement

1. Kaatteri

Pelakon: Vaibhav, Sonam Bajwa, Varalaxmi Sarathkumar, Aathmika

Menggabungkan elemen komedi dan seram, Kaatteri membawa penonton menyelusuri dua garis masa berbeza – satu berlaku pada tahun 1968, di mana sebuah kampung musnah gara-gara telaga misteri yang menuntut korban manusia. Kemudian, cerita berpindah ke tahun 2019, apabila sekumpulan individu datang mencari harta tersembunyi dan terperangkap di kampung yang sama, kini menjadi sarang hantu. Misteri Mathamma, roh Mohini dan makhluk jahat bernama Kaatteri membongkar sejarah gelap yang selama ini tersembunyi.


2. Conjuring Kannappan

Pelakon: Sathish, Regina Cassandra

Kalau anda gemar filem bergenre komedi seram, Conjuring Kannappan pasti mencuri perhatian. Cerita berkisarkan Kannappan, seorang pemuda yang bercita-cita menjadi influencer terkenal. Namun segalanya berubah apabila dia menjumpai dreamcatcher pelik yang membawanya ke alam mimpi yang diganggu makhluk halus. Dalam keadaan terperangkap, dia mula sedar bahawa dia bukan seorang sahaja yang menghuni mimpi ngeri itu dan jalan keluar bukanlah semudah yang disangka.


3. Virupaksha

Pelakon: Sai Dharam Tej, Samyuktha, Sunil

Virupaksha menyajikan kisah seram yang lebih berat dan mendalam. Filem ini mengisahkan Surya yang pulang ke kampung nenek moyangnya, Rudravanam. Namun, lawatan itu membawa kepada penemuan kejadian misteri dan kematian yang berlaku akibat satu ritual terlarang pada masa lalu. Dalam usaha membongkar kebenaran, Surya terpaksa berdepan kuasa gelap dan rahsia berdarah yang telah sekian lama menghantui penduduk kampung itu.


4. Chandramukhi 2

Pelakon: Raghava Lawrence, Kangana Ranaut

Sekuel kepada filem seram klasik ini membawa penonton kembali ke istana lama penuh rahsia. Kali ini, keluarga Ranganayaki kembali ke rumah nenek moyang mereka untuk mengadakan upacara spiritual selepas beberapa tragedi menimpa. Namun, segalanya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila satu kawasan terlarang di istana itu dibuka secara tidak sengaja, melepaskan roh dendam Chandramukhi yang kemudiannya merasuk anak perempuan Ranganayaki, Divya. Walaupun tayangannya di pawagam kurang mendapat sambutan, versi Netflix menerima reaksi yang lebih positif.


5. Boomika

Pelakon: Aishwarya Rajesh, Vidhu, Avantika Vandanapu

Jika anda suka tema seram yang membawa mesej alam sekitar, Boomika adalah pilihan tepat. Filem ini mengikuti perjalanan Sam, seorang pakar psikologi yang berpindah bersama keluarganya ke sebuah kawasan perumahan lama. Namun, kawasan tersebut rupanya menyimpan roh Boomika, seorang gadis autistik yang membunuh diri selepas kecewa dengan projek pembalakan yang memusnahkan tempat tinggalnya. Filem ini menggabungkan elemen supernatural dengan isu kemanusiaan dan alam sekitar, menjadikannya lebih dari sekadar kisah hantu biasa.


6. Poochandi

Pelakon: RJ Ramana, Logan Nathan, Tinesh Sarathi Krishnan

Satu lagi karya seram menarik ialah Poochandi, sebuah filem Tamil dari Malaysia yang membawa pendekatan berbeza. Kisahnya berkisar tentang Murugan, seorang wartawan dari India yang datang ke Malaysia untuk mengumpul kisah seram. Dia menemui Shankar yang berkongsi pengalaman menyeramkan berkaitan sekeping syiling yang digunakan dalam sesi Ouija. Apa yang bermula sebagai eksperimen menyeronokkan bertukar menjadi tragedi apabila roh yang dipanggil menjadi ganas dan membongkar rahsia sejarah silam yang penuh dendam.


7. Kumari

Pelakon: Aishwarya Lekshmi, Shine Tom Chacko

Kumari adalah sebuah kisah fantasi seram yang menyayat hati, berlatarbelakangkan budaya dan mitos tempatan. Filem ini menceritakan tentang Kumari, seorang wanita muda yang berkahwin dengan seorang lelaki daripada keluarga berpengaruh. Tidak lama kemudian, dia mendapati dirinya terperangkap dalam satu perjanjian purba dengan makhluk separa dewa. Apabila dia mengandung, Kumari menyedari anaknya menjadi sasaran pengorbanan untuk mengekalkan perjanjian berdarah itu. Dalam perjuangannya untuk menyelamatkan anaknya, Kumari bersekutu dengan roh pendendam dan melawan warisan keluarga yang gelap.


Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here