Home Info 7 Filem Ajith Kumar Yang Mendapat Kutipan Box Office Yang Harus Ditonton...

7 Filem Ajith Kumar Yang Mendapat Kutipan Box Office Yang Harus Ditonton – TamilsBolly

Advertisement

Ajith Kumar ialah seorang pelakon popular India Selatan yang sudah membintangi lebih 60 buat filem Tamil, pelakon yang mempunyai style rambut yang beruban ini sudah berusia 51 tahun dan masih lagi aktif belakon. Filem terbarunya yang bertajuk Valimai akan ditayangkan pada tahun ini antara filem lakonan beliau yang mendapat kutipan BOX OFFICE.

1) Aarambam (2013) – Kutipan Box Office 124 Crore

Advertisement
photo by imdb

Filem Aarambam ini berkisar Ashok Kumar (Ajith) seorang bekas anggota anti pengganas yang dalam misi untuk mendedahkan scam penipuan mengenai jaket kalis peluru yang tidak bermutu yang dibekalkan kepada pasukan keselamatan, yang mengakibatkan banyak kematian termasuk rakan baiknya sendiri.

2) Mankatha (2011) Kutipan Box Office 100 Crore

photo by imdb

Vinayak Mahadevan (Ajith Kumar) seorang angota polis yang digantung kerja kerana menyelamatkan seorang penyeludup yang bernama Faizal (Aravind Akash) dan membiarkan dia melarikan diri daripada dibunuh oleh polis. Seorang angota polis Prithvi (Arjun) ditugaskan untuk menyelesaikan kes pertaruhan haram kriket di Mumbai. Arumuga Chettiar (Jayaprakash) bos kepada faizal adalah ahli perniagaan dan mempunyai sebuah ”Golden Theathre” yang dijadikan tempat untuk melakukan kerja-kerja haramnya. Vinayak yang berpakat dengan 4 orang lagi rakan kongsinya untuk merompak 500 crore yang digunakan untuk penjudian kriket.

3) Yennai Arindhaal (2015) Kutipan Box Office 106 Crore

photo by imdb

Seorang pegawai polis Sathyadev (Ajith Kumar) yang menyamar sebagai penjenayah dan dimasukkan kedalam penjara, di penjara Sathyadev berkawan baik dengan seorang banduan Victor Manoharan (Arun Vijay) seorang penjenayah yang berbahaya. Mereka berdua melarikan diri dari penjara kemudian victor mengenalkan Sathyadev kepada ketua penjenayah yang sangat dikehendaki iaitu Matthew. tidak lama selepas itu Sathyadev mendapat peluang untuk membunuh Matthew dan mencederakan Victor, Kerana rasa dikhianati oleh Sathyadev, Victor nekad untuk membalas dendam.

4) Veeram (2014) Kutipan Box Office 130 Crore

photo by imdb

Veeram sebuah filem bergenre aksi ini berkisar tentang Vinaayagam (Ajith Kumar) seorang yang berani yang tinggal di kampung Oddaanchatram bersama 4 adik lelakinya. Vinaayagam sangat membenci idea perkahwinan yang dianggap beliau boleh menghilangkan kehormonian dalam sesebuah keluarga. Adik beradiknya cuba mencari jalan untuk menjodohkan Vinaayagam dengan Koppu (Tamannaah) mereka berharap selepas abangnya berkahwin anggapan itu akan hilang. Semasa dalam penjalanan ke kampung koppu, Vinayagam diserang oleh beberapa orang jahat yang cuba ingin membunuhnya tapi sebenarnya orang jahat itu datang bukan untuk membunuh Vinayagam tapi untuk membunuh koppu..

5) Vedalam (2015) Kutipan Box Office 125 Crore

Photo by imdb

Ganesh (Ajith Kumar) seorang pemuda yang baik hati yang baru berpindah di kolkata bersama dengan adiknya Thamizh (Lakshmi Menon), Ganesh kemudian mendapat perkerjaan di syarikat teksi, dan mendapat pelanggan yang pertama iaitu seorang peguan yang bernama Swetha (Shruti Haasan). Ganesh dan semua pemandu teksi di panggil polis dan diminta untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melibatkat sidiket yang membuat kekacauan di bandar itu. Ganesh melaporkan kes penyeludupan senjata yang berlaku di bandar itu dan membawa Aniket untuk menangkapnya dan mengarah anak buahnya untuk membunuh Ganesh. Tapi satu perkara yang tidak disangka berlaku semua anak buah dan Aniket mati dibunuh oleh Ganesh.. Tapi siapakah Ganesh yang sebernarnya?

6) Vivegam (2017) Kutipan Box Office 167 Crore

photo by imdb

Filem dibuka dengan satu penjanjian pertukaran senjata antara Setiausaha Polis Europol dengan ketua geng mafia Rusia di hutan tebal di serbia. Ajay Kumar (Ajith Kumar) bekas ejen anti pengganas berjaya mematahkan penjanjian itu. Ajay Kumar mendapat satu misi untuk mengesan seorang pengodam yang bernama Natasha (Akshara Haasan) yang berasal dari Bulgaria yang bertanggungjawab untuk memecahkan kod keselamatan senjata Nuklear, Ajay Kumar ditugaskan untuk memastikan keselamatan Natasha kerana dia sangat dikehendaki oleh Interpol, CIA dan kumpulan pengganas di seluruh dunia kerana kemahirannya menggodam.

7) Viswasam (2019) Kutipan Box Office 200 Crore

photo by imdb

Thookku Durai (Ajith Kumar) seorang ketua samseng yang jatuh cinta dengan Niranjana (Nayanthara) seorang doctor yang datang ke kampungnya untuk membantu orang kampung secara sukarela. Satu hari Aavudaiyappan mengancam ingin menutup kem perubatan jika mereka tidak membayar kepadanya. Thookku Durai datang untuk menyelesaikan masalah itu dan memindahkan kem perubatan ke ladang padi miliknya. Akhirnya mereka berdua jatuh cinta dan berkahwin, mereka dikuniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Swetha. Disebabkan satu pergaduhan antara Thookku Durai dengan musuhnya yang menyebabkan Swetha cedera, Niranjana nekad untuk pergi dari kampung itu bersama dengan Swetha dan meninggalkan Thookku Durai seorang diri. Setelah bertahun-tahun berlalu Thookku Durai membuat keputusan untuk ke bandar untuk bertemu dengan anaknya Swetha.

Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here